Kata Aluan Ketua Jabatan

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE), merupakan sebahagian dari empat jabatan yang menjalankan program Diploma dan Diploma Lanjutan  di Insitut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi). 
JTKE menawarkan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan akademik dan kemahiran mereka dalam persekitaran yang berasaskan pembelajaran berorientasikan aplikasi hand on yang merangkumi Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE).

Kemudahan dan infrastruktur yang lengkap tersedia termasuk dewan kuliah, makmal dan bengkel dengan suasana yang menarik untuk mempelajari teknologi kejuruteraan elektronik. Prasarana pembelajaran mendorongkan JTKE menjadi jabatan yang cemerlang.

Semoga para pelayar laman web JMTI mendapat segala maklumat yang diperlukan di sini. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

Terima Kasih.


AZIZI BIN BAHARI
Ketua Jabatan
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik
Institut Teknikal Jepun Malaysia

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pengenalan

Di Jabatan Kejuruteraan Elektronik para pelajar akan mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan secara teori dan amali yang dijalankan secara bersama atau berasingan. Jabatan bertanggungjawab menyediakan peluang latihan secara praktikal dalam membangunkan teknologi masa depan dalam simulasi persekitaran pembangunan teknologi di masa depan.

Pada tahun pertama para pelajar akan mengambil kursus asas yang berkaitan dengan pengetahuan asas kejuruteraan elektronik. Pada tahun-tahun yang berikutnya para pelajar akan mengambil kursus lebih khusus dalam kejuruteraan elektronik.

Para pelajar diperlukan untuk melengkapkan projek akhir secara individu atau berkumpulan mengikut perancangan yang disediakan. Projek akhir adalah satu inisiatif untuk pelajar menggilap bakat  mereka cipta dalam mengeluarkan graduan berkualiti. Para pelajar juga dikehendaki menjalani latihan industri pada semester akhir pengajian.

Objektif

1. Mereka bentuk dan membangunkan kurikulum serta melaksanakan program-program latihan jangka panjang dalam bidang kejuruteraan elektronik.
2. Memberi pelajar asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan Teknologi Elektronik terutamanya di dalam bidang pengeluaran, pembuatan dan membaik pulih.
3. Memastikan pelajar berkebolehan untuk :     
-  Membuat sambungan litar elektronik, mengenal pasti kerosakan dan menukar komponen elektronik yang rosak
-  Membuat penyambungan komputer dengan lebih selamat
-  Melukis litar elektronik menggunakan perisian komputer
-  Membantu mereka dan membina litar elektronik menggunakan Papan Litar Bercetak (PCB).
-  Membuat dan menguji pendawaian elektrik satu fasa
-  Menggunakan PLC, sistem hidraulik, sistem pneumatik dan sensor untuk mengawal Sistem Kawalan Automatik
-  Membantu mereka dan menulis program untuk mikropemproses dan mikro pengawal
-  Melakukan pengujian menggunakan peralatan automatik berasaskan program komputer berasaskan grafik

 

Carta Organisasi

 

 

 

 
 
 

Program Pengajian

1. Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Elektronik & Komputer
 
2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri)
 
3. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri)
 
4. Diploma Kemahiran Malaysia (Electronic Product Development : EE-021-4)
 
 
 

Subjek Ditawarkan

  • Japanese Language I and II
  • Human Factor Engineering
  • Circuit Theory I and II
  • PC Assembly and Networking
  • Electrical Workshop
  • Engineering Drawing
  • Electronics Measurement
  • Electrical Technology
  • Troubleshooting Technique
  • Digital Electronics I and II
  • Computer Programming
  • Analog Electronic
  • Microprocessor
  • Control System
  • PCB Design
  • Supervisory Management
  • Microcontroller
  • Power Electronics
  • Maintenance Practice
  • Automatic Measuring System
  • Engineering Management
  • Pneumatic & Hydraulic Principle
  • Industrial Automation
  • Electronics Communication

Kemudahan Dan Prasarana

  • Makmal Analog & Digital
  • Makmal Troubleshooting
  • Makmal PCB (Printed Circuit Board)
  • Makmal Sistem Pengukuran Automatik (Automatic Measuring System)
  • Makmal EDA (Electronic Design Aid)
  • Makmal Mikrokomputer
  • Bengkel Elektrik
  • Makmal Elektronik Kuasa
  • Makmal Telekomunikasi
  • Makmal PLD (Programmable Logic Device)
  •  Makmal Kawalan Kompleks
Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)