Kata Aluan Ketua Jabatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jabatan Pengajian Am merupakan sebuah jabatan pelengkap, bertujuan mendidik dan melahirkan teknologis yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual. Selaras dengan nama institut ini, para pelajar JMTI juga didedahkan dengan penggunaan Bahasa Jepun. Ini sebagai langkah persediaan kepada para pelajar untuk melangkah lebih jauh dalam bidang teknologi yang serba canggih dan mencabar.

Pihak kami amat berbesar hati dengan kunjungan anda dalam melayari laman web ini. Sebarang komen dan cadangan amatlah kami alu-alukan sebagai langkah penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Terima Kasih.

 

MARIAM BINTI MOHAMED

Ketua Jabatan Pengajian Am

Institut Teknikal Jepun Malaysia.

Pengenalan

JMTI mengeluarkan graduan dalam bidang Teknologi Kejuruteraan. Terdapat 2 jenis program yang ditawarkan iaitu Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK)  dan Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan (DLTK). Terdapat 4 jabatan utama iaitu Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer, Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan.

Jabatan Pengajian Am merupakan sebuah jabatan pelengkap yang mengendalikan subjek-subjek umum yang wajib diambil oleh semua pelajar daripada keempat-empat jabatan di JMTI.

Objektif

Objektif Jabatan Pengajian Am adalah untuk :

  • Merealisasikan  objektif-objektif JMTI khususnya dalam merancang, merekabentuk dan membangun kurikulum serta melaksanakan program latihan selaras dengan kehendak dan keperluan jabatan-jabatan lain di JMTI
  • Menyemai nilai-nilai moral yang baik bagi melahirkan teknologis industri yang seimbang. Para pelajar bukan sahaja mahir serta berpengetahuan kejuruteraan dan berkemahiran teknikal, malah memiliki etika kerja yang beik, berdisiplin dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang.

Carta Organisasi

Subjek Ditawarkan

 

 

 

Kemudahan Dan Prasarana

  • Bilik Bahasa Jepun
  • Bilik Bahasa Inggeris
Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)