Bahagian Pusat Sumber Dan Teknologi Maklumat

Objektif

Merealisasikan objektif-objektif Pusat dengan menyediakan perkhidmatan sokongan dan kemudahan-kemudahan khususnya dalam bahagian komputer, teknologi maklumat dan sumber rujukan.


 

Fungsi

Bahagian Pusat Sumber dan Teknologi Maklumat terbahagi kepada tiga unit utama yang mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut:

1. UNIT ICT & RANGKAIAN

  • Mengurus dan menyelenggara operasi server dan rangkaian JMTi
  • Mengurus dan menyelenggara keselamatan server dan rangkaian JMTi
  • Mengurus dan menyelenggara sistem aplikasi dalaman yang digunakan dalam JMTi
  • Mengurus dan menyelenggara akaun e-mail JMTi
  • Menyediakan khidmat sokongan kepada aplikasi Kerajaan Elektronik
  • Menyediakan khidmat menyelenggara dan membaiki perkakasan ICT
  • Menjalankan kerja-kerja berkaitan meningkat upaya komputer
  • Menjalankan kerja-kerja baikpulih dan instalasi perisian serta meningkat upaya sistem operasi dan aplikasinya
  • Menjalankan kerja-kerja peningkatan perisian ke versi terkini
  • Menjalankan kerja-kerja mengimbas dan menghapuskan virus komputer.

 

2. UNIT PUSAT SUMBER

  • Mengawasi dan mengurus Perpustakaan JMTi bagi memastikan perpustakaan sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
  • Menerima dan menyemak bahan yang diterima di Perpustakaan JMTi serta memastikan bahan dalam jumlah yang mencukupi dan berkeadaan baik. 
  • Menyimpan dan merekod semua bahan yang diterima di Perpustakaan JMTi.
  • Menyelaras dan membantu membangunkan koleksi Perpustakaan JMTi. 
  • Menyenaraikan pembelian bahan perpustakaan termasuk membuat pesanan merekod, mengkatalog menghantar peringatan dan sebagainya. 
  • Menampal barkod, strip, menaip dan memasang nombor panggilan, menampal book tape dan mengecop hakmilik pada bahan perpustakaan. 
  • Mengurus peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan  termasuk pinjaman antara perpustakaan
  • Menyusun bahan-bahan mengikut susunan yang ditetapkan.
  • Memberi khidmat nasihat dan membantu pengguna untuk mencari serta mendapatkan maklumat/ bahan.  
  • Menjaga dan memastikan keselamatan bahan, peralatan dan ruang Perpustakaan JMTi. 
  • Mengesan dan mendapatkan maklumat artikel bahan perpustakaan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan
  • Mendaftar buku ke dalam aplikasi TMS.

 

3. UNIT MULTIMEDIA & FOTOGRAFI

  • Menyelenggara dan mengemaskini laman web JMTi
  • Menyelenggara dan mengemaskini notis infografik JMTi
  • Mengurus dan mereka bentuk buletin dan laporan tahunan JMTi
  • Mengurus dan menyeleggara peralatan fotografi dan videografi
  • Mengurus dan mengendalikan urusan fotografi dan videografi 
  • Menyedia perkhidmatan mrekabentuk grafik

 

Carta Organisasi

 

 

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)