Bahagian Pengurusan Pelajar Dan Latihan

Objektif

Bahagian Pengurusan Pelajar Dan Latihan (BPPL) merupakan bahagian yang bertanggungjawab mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pelajar di Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI).  BPPL terdiri daripada empat (4) unit, iaitu Unit Pendaftaran, Unit Psikologi dan Kaunseling, Unit Ko-Kurikulum dan Unit Pengurusan Asrama. 

Membantu merealisasikan matlamat ke arah melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehpasaran tinggi melalui penyediaan perkhidmatan sokongan yang kukuh.

Fungsi
  1. Mengurus dan mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan pengambilan dan pendaftaran pelajar;
  2. Menyediakan laporan dan statistik pengambilan pelajar dan graduan JMTI;
  3. Menyimpan, mengemaskini dan menyelenggara rekod, maklumat peribadi dan fail pelajar;
  4. Mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar yang meliputi permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), kemudahan asrama, perlindungan insurans dan penyediaan surat akuan/ pengesahan pelajar;
  5. Menyedia dan menyelaras program pembangunan sahsiah dan jati diri pelajar;
  6. Memantau dan mengawal selia aktitivi yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP); Kelab dan Persatuan yang ditubuhkan oleh pelajar;
  7. Menyelaras penyertaan pelajar dalam aktiviti-aktiviti anjuran agensi kerajaan/ swasta/ badan berkanun;
  8. Mengurus dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan Latihan Industri bagi pelajar semester akhir;
  9. Menjalin hubungan baik dan kerjasama yang berterusan dengan pihak industri bagi meningkatkan pasaran kerja graduan JMTI;
  10. Melaksanakan aktiviti promosi melalui pameran, taklimat dan ceramah kepada sekolah dan komuniti setempat;
  11. Menyediakan khidmat konsultasi, bimbingan dan kaunseling kepada pelajar;
  12. Menyelia dan menyelaras aktiviti ko-korikulum pelajar; dan
  13. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar II (JTP II).

 

CARTA ORGANISASI

 

 



KEMUDAHAN ASRAMA JMTI
Terdapat tiga (3) blok asrama di JMTI; iaitu Blok Bunga Raya (BR), Blok Bunga Kekwa (BK) dan Blok Bunga Sakura (BS).  Setiap blok asrama mempunyai 99 bilik dan mampu menampung kapasiti seramai 198 orang pelajar.   Jumlah keseluruhan bilik untuk pelajar adalah 297 unit dengan kapasiti seramai 594 orang pelajar.

Selain daripada bilik pelajar, setiap blok asrama juga mempunyai lapan (8) bilik pegawai yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin.  Kadar sewaan bilik pegawai adalah RM20.

Lain-lain kemudahan yang disediakan di asrama adalah surau dan bilik rehat/ TV.

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)