Bahagian Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS)

Objektif

Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS) adalah merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab bagi memastikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan di JMTI akan mendapatkan pekerjaan. Unit ini akan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan kepada pelajar untuk menetapkan laluan kerjaya mereka. CESS juga merupakan unit perhubungan industri dalam memastikan permintaan industri dalam keperluan latihan,tenaga kerja dan juga bimbingan bidang kemahiran dipenuhi.

Objektif CESS
  • Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat-syarikat di sekitar JMTI dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.
  • Menguruskan semua hal ehwal kerjasama antara industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILJTM.
  • Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILJTM adalah berkualiti dan memastikan pelajar-pelajar ILJTM mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan latihan.
Fungsi

Fungsi CESS adalah seperti berikut:

1. Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan
  • Menyediakan peluang penempatan praktikal.
  • Membantu dalam pelajar dalam proses pendaftaran pekerjaan (Jobs Malaysia Point). Mengadakan seminar / bengkel pembangunan kerjaya.
  • Membantu menyebarkan maklumat pekerjaan yang ditawarkan oleh mana-mana majikan atau syarikat kepada pelajar dan bekas pelajar yang sedang belajar ataupun telah menamatkan kursus.
  • Bekerjasama dengan mana-mana syarikat yang ingin mengadakan taklimat berkenaan peluang pekerjaan sekaligus menawarkan peluang pekerjaan dan ingin mengadakan temuduga terbuka kepada pelajar.
  • Bekerjasama dengan mana-mana IPTS/IPTA yang ingin mengadakan taklimat kepada pelajar JMTi berkenaan peluang yang ada untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kelulusan dan kemahiran yang ada pada pelajar.
2. ALUMNI
  • Melaksanakan kajian pengesanan graduan
  • Urusetia kepada ALUMNI JMTi
  • Menjadi hubungan kepada lepasan pelajar JMTi
3. Hebahan dan Promosi Pengambilan Pelajar
  • Melaksanakan aktiviti promosi melalui pameran, taklimat dan ceramah kepada sekolah dan komuniti setempat berkenaan kemudahan yang ada dan peluang untuk mengikuti kursus sepenuh masa atau kursus jangka pendek yang ditawarkan di ILJTM khususnya di JMTi.
  • Mengendalikan program lawatan dari mana-mana pihak luar yang ingin melawat JMTi.
4. Hubungan Industri (Industry Relationship Program)
  • Membantu industry yang memerlukan khidmat sokongan dalam memberikan latihan kemahiran kepada kakitangan dengan kursus jangka pendek,persijilan kemahiran PPT/SLDN.
  • Menyediakan pekerja mahir yang diperlukan oleh industri berkaitan.
  • Membantu syarikat menjalankan seminar atau program yang bagi meningkatkan kemahiran dan pendedahan kepada pelajar.
  • Menjalinkan kerjasama industri dengan syarikat-syarikat yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak terutama dalam bidang kemahiran dan teknologi.
 
Carta Organisasi

Direktori Pegawai
Pegawai Perhubungan Industri (PRI)
Syafiq Bin Ab Wahab
Tel:04-5087 800 Ext: 2406
Hp:010 532 5745
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Pegawai Kursus Jangka Pendek
Zaidi bin Kassim
Tel:045087 800 Ext: 8233
Hp:019-919 2993
Email:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Pegawai Latihan Industri
Rusini bt Abdul Rashid
Tel:04-5087 800 Ext:2405
Hp:010-372 2540
Email:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Pegawai Promosi, Pameran & Taklimat
Salmi binti Johari
Tel:04-5087 800 Ext:2426
Hp:019-409 0812
Email:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Pegawai Sistem
Mohd Faizal binti Zamzuri
Tel:04-5087 800 Ext:2411
Hp:017-785 4973
Email:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 
 
 
Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)