Bahagian Kawalan Kualiti Latihan

Objektif

Bahagian Kawalan Kualiti  Latihan JMTI berperanan menyelaras pembangunan bahan latihan dan pengajar agar dapat melahirkan tenaga mahir yang berketrampilan. Selain itu, bahagian ini juga berperanan menyelia dan mengawal mutu latihan serta menyelaras peperiksaan dan persijilan supaya menepati piawaian yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Tenaga Manusia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Fungsi
  • Menyelaras pembangunan bahan pembelajaran supaya latihan berjalan lancar dan dapat melahirkan tenaga mahir yang berketrampilan.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional di peringkat institut.
  • Merancang pembangunan kemahiran dan pengetahuan pensyarah serta lain-lain kakitangan.
  • Mengurus pendaftaran pusat bertauliah dalam melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia.
  • Menyelaras Jawatankuasa Penasihat peringkat Institut
  • Menyelaras Jadual Peperiksaan Akhir
  • Menyelaras lawatan Naziran dan PPL (Pegawai Pengesah Luaran)
  • Merekod Keputusan Penilaian & Peperiksaan
  • Mengurus Jawatankuasa Kecil Peperiksaan dan Persijilan institut.
  • Pendaftaran dan permohonan persijilan pelajar
  • Penerimaan dan Penyerahan Sijil DTK serta DKM
Carta Organisasi

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)