Bahagian Khidmat Pengurusan

Fungsi

Secara ringkasnya, Bahagian Khidmat Pengurusan ini berfungsi sebagai bahagian sokongan yang menguruskan perkhidmatan, perjawatan, persaraan, hal ehwal kewangan, pentadbiran am, dan urusetia mesyuarat dan majlis-majlis rasmi jabatan. Selaras dengan perkembangan jabatan serta fungsi jabatan yang bertambah kompleks, bahagian ini perlu diperkasakan agar dapat menjalankan fungsinya dalam merealisasikan visi jabatan. Bahagian Khidmat Pengurusan berfungsi bagi urusan-urusan berikut :

Perkhidmatan

1.     Mengurus semua perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan seperti berikut: 
·            Pengesahan lantikan
·            Pengesahan dalam jawatan dan pemberian taraf berpencen
·            Pelanjutan tempoh percubaan
·            Penetapan gaji masuk
·            Urusan cuti
·            Perubahan Gaji
·            Pelepasan/meletakkan Jawatan
·            Pencen

2.   Mengurus semua aspek berhubung dengan tatatertib, kenaikan pangkat, pencalonan bagi darjah kebesaran dan penanggungan kerja.
3.   Mengurus Laporan Perisytiharan Harta, permohonan tapisan keselamatan dan menyelaras Laporan Penilaian Prestasi Tahunan JMTI.
4.   Mengemaskini data dalam sistem aplikasi HRMIS.

Pentadbiran Am
·           Surat menyurat, penghantaran dan pengurusan fail
·           Mengurus Perolehan Bekalan dan Kelengkapan Pejabat
·           Mengurus Pembekalan Surat Khabar
·           Mengendalikan urusan Alat Komunikasi/Telefon/Telefon Bimbit
·           Pengurusan bilik mesyuarat, kuarters dan sewaan premis
·           Mengurus Kenderaan
       - Urusan kenderaan jabatan dan pengangkutan
       - Penyelenggaraan Kenderaan
·           Khidmat Pelanggan
       - Telekomunikasi 
       - Kaunter informasi
·           Kawalan Keselamatan
·           Pengurusan Stor
·           Pengurusan Aset Bahagian KhidmatPengurusan


Unit Kewangan
·           Menyediakan Belanjawan
·           Menggendalikan Peruntukan
·           Menyediakan Bayaran gaji
·           Menyediakan Penyata Penyesuaian Bulanan
·           Menyediakan Penyata Perbendaharaan
·           Menyediakan Baucar Bayaran Am dan Baucar Jurnal Akaun Pendahuluan Diri Di Bawah A.P. 54
·           Memeriksa Baucar-Baucar Bayaran Am
·           Menyemak Dan Meluluskan Baucar Pembayaran
·           Menyediakan Pengeluaran Waran Perjalanan Udara
·           Mengendalikan Akaun Amanah


Carta Organisasi


Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)