Program Celik Pengguna 2017

Bukit Minyak - Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menganjurkan Program Celik Pengguna pada 8 Mei yang lalu. Peserta program adalah terdiri daripada kakitangan dan pelajar-pelajar JMTi. Dalam program ini, para peserta diberi kefahaman dan kesedaran tentang hak-hak pengguna. Program ini juga dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah, kuiz dan juga persembahan silat daripada pelajar-pelajar.

Program yang diadakan di Auditorium JMTi ini bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Tahniah diucapkan kepada penganjur terutamanya pelajar-pelajar DLTK semester 1 dan Jabatan Pengajian Am yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan program ini. 

 

-- Gambar Sekitar Program --

   

   

   

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)