Anugerah Pekerja Contoh Bulan Mac dan April 2017

Bukit Minyak - Pada perhimpunan bulanan kakitangan bersama Pengarah pada 9 Mei yang lalu, En. Azizi bin Mat Shariff daripada Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset (BPPA) telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Mac-April 2017. Perhimpunan bulanan kali ini dikendalikan oleh Bahagian Pusat Sumber dan Teknologi Maklumat (BPSM). Perhimpunan bermula seawal jam 11.30 pagi dan telah diadakan di Auditorium JMTi. 

Penganugerahan Anugerah Pekerja Contoh diadakan pada setiap 2 bulan sekali bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja yang terbaik dalam tempoh tersebut. Sempena perkhidmatan cemerlang En. Azizi sepanjang bulan Mac dan April bagi tahun 2017, beliau kemudiannya telah dianugerahkan dengan sijil penghargaan dan juga cenderahati yang disampaikan oleh Pengarah JMTi, En. Zaihan bin Shukri. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Azizi di atas kejayaan beliau. Semoga beliau akan menampilkan perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

 

-- Gambar Sekitar Majlis --

      

           

Sila layari laman facebook rasmi JMTI atau klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar. 

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)