Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia 2017

Bukit Minyak - Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2017 peringkat pra-kelayakan bagi bidang Mekatronik dan Elektronik telah diadakan di JMTi pada 24 dan 25 April yang lalu. Pertandingan ini telah disertai oleh peserta-peserta belia daripada pelbagai institusi latihan awam dan swasta seluruh negara. JMTi turut tidak ketinggalan menyertai pertandingan ini dimana JMTi telah diwakili oleh empat orang pelajar dalam bidang elektronik dan 2 orang pelajar dalam bidang mekatronik. Dalam pertandingan kali ini, sebanyak 29 pasukan telah bertanding bagi bidang Mekatronik dimana setiap pasukan terdiri daripada dua orang peserta. Manakala, bagi bidang elektronik, seramai 57 orang peserta telah terlibat. 

Pertandingan WSMB ini dahulunya dikenali sebagai Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM). Ianya merupakan satu pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran yang unggul. Pertandingan ini dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan akhir. 

Dalam keputusan yang diumumkan kemudian , dua peserta yang mewakili JMTi bagi bidang mekatronik telah layak ke peringkat akhir. Tahniah diucapkan kepada mereka dan juga kepada semua peserta yang menyertai pertandingan kali ini. 

 

-- Gambar Sekitar Pertandingan --

   

   

    

Sila layari laman facebook rasmi JMTI atau klik Mekatronik dan Elektronik untuk melihat lebih banyak gambar. 

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)