KARNIVAL SUKAN SE-INSTITUT (KASUSEI) 2017

BUKIT MINYAK - Karnival Sukan Se-Institut (KASUSEI) JMTI 2017 akhirnya melabuhkan tirai pada 17 Mac hari ini. Karnival yang bermula sejak 13 Februari yang lalu adalah merupakan acara sukan peringkat JMTI yang diadakan hampir saban tahun melibatkan pelajar-pelajar JMTI.

Karnival sukan ini diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) JMTI. Bermula daripada penyediaan kertas kerja program, proses mendapatkan dana dan memastikan setiap perancangan aktiviti sukan dilaksanakan mengikut jadual yang telah dirancang pastinya menjadi satu pengalaman yang sangat berguna kepada barisan MPP JMTI. MPP terdiri daripada wakil-wakil pelajar yang dipilih melalui pilihanraya pelajar yang diadakan pada setiap tahun.

Dalam karnival sukan kali ini, sebanyak sembilan acara sukan yang dipertandingkan. Antaranya ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar, badminton, petanque, ping-pong, sepak takraw, memanah dan tari tali. Semua acara sukan dijalankan selepas tamat sesi pembelajaran iaitu pada waktu petang ataupun pada hujung minggu. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang untuk setiap acara sukan akan diadakan dalam perhimpunan pelajar bersama Pengarah yang akan datang. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Tahniah juga kepada barisan MPP JMTI atas kejayaan menganjurkan karnival sukan kali ini.

 

-- Gambar Sekitar Aktiviti --

    

    

    

Sila layari laman facebook rasmi JMTI atau klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar. 

 

 

     

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)