KURSUS CYBER SECURITY AWARENESS 2017

BUKIT MINYAK - Pentingnya kesedaran diberi kepada orang ramai terutamanya dikalangan penjawat awam berkaitan seriusnya ancaman serangan siber kepada organisasi mahupun individu, Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan kursus Cyber Security Awareness pada 16 Mac yang lalu.

Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 2 petang di Auditorium Aras 1, JMTI ini telah berjaya menarik seramai 141 orang peserta. Peserta yang hadir terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai dan kakitangan sokongan Sumber Maklumat (ICT), guru-guru ICT, kakitangan industri yang terlibat dalam sistem data syarikat selain turut dihadiri oleh pelajar-pelajar JMTI daripada kursus Teknologi Kejuruteraan Komputer Sistem. 

Dengan adanya program ini, para peserta berpeluang untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama Tuan Jazannul Azriq Aripin, Eksekutif Kanan di Outreach Department, CyberSecurity Malaysia. 

 

-- Gambar Sekitar Kursus --

     

    

Sila layari laman facebook rasmi JMTI atau klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar. 

 

 

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)