KURSUS PENULISAN BERITA DAN RENCANA UNTUK MEDIA MASSA

Bukit Minyak - Buat julung kalinya, JMTI telah menganjurkan Kursus Penulisan Berita dan Rencana Untuk Media Massa pada 15 Mac yang lalu. Kursus yang bermula pada jam 9.00 pagi di Auditorium JMTI ini memberi peluang kepada 50 orang peserta untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan Penolong Pengarang Berita Sinar Harian, Puan Najwa Mohd Ghazali dalam menghasilkan berita dan rencana yang berkualiti.

Dalam kursus tersebut, para peserta turut didedahkan dengan penggunaan gambar yang bersesuaian untuk penyiaran sesuatu laporan atau rencana. Ketua Unit Jurufoto Sinar Harian, En. Mohd Halim Abdul Wahid telah berkongsi pengetahuan asas fotografi dengan para peserta.

Pada penghujung kursus berkenaan, peserta diminta untuk menghasilkan berita mengikut panduan yang diberikan dan tiga peserta terbaik yang dipilih menerima hadiah yang disediakan oleh Sinar Harian. Kursus ini berakhir pada jam 2 petang dan para peserta kemudiannya dibawa menjamu makan tengahari di Refreshment Room.

 

-- Gambar Sekitar Kursus --

   

   

Sila layari laman facebook rasmi JMTI atau klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar. 
 
 
 
 

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)