Program Derma Darah Siri 1/2017

14 Februari 2017, JMTI - Bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi, pasukan Unit Transfusi Darah, Hospital Seberang Jaya sekali lagi telah bekerjasama dengan Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) untuk menganjurkan Program Derma Darah. Usaha murni ini merupakan program kerjasama berterusan antara kedua pihak yang diadakan saban tahun dan program kali ini merupakan yang pertama bagi tahun 2017. Permintaan yang tinggi terhadap bekalan darah menyebabkan kerjasama dan keprihatinan daripada orang ramai amat diperlukan untuk sama-sama menyumbang dalam membekalkan darah yang selamat dan mencukupi untuk kegunaan pesakit di hospital.

Program kali ini telah berjaya menarik seramai 116 orang penderma yang layak untuk menderma dan mereka adalah terdiri daripada kakitangan dan juga pelajar-pelajar JMTI. Program yang diadakan di ruang Lobi Utama JMTI ini bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada jam 3 petang. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma. 

 

-- Gambar Sekitar Program --

   

   

Sila layari laman facebook rasmi JMTI atau klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar.

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)