BENGKEL TMS SIRI 1/2017

20 Januari 2017, JMTi - Pada 16 Januari yang lalu, Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi) telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian Maklumat Peribadi (Staf) melalui Training Management System (TMS). Bengkel ini dianjurkan oleh Ketua Modul Staf dengan kerjasama Pentadbis Sistem TMS JMTi dan telah diadakan di Pusat Sumber, Aras 3, JMTi. Seramai 102 orang kakitangan JMTi yang terdiri daripada staf akademik dan bukan akademik telah menghadiri bengkel yang dijalankan secara berjadua mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 

Bengkel ini merupakan bengkel TMS siri yang pertama bagi tahun 2017. Bengkel kali ini diadakan bertujuan untuk memastikan semua kakitangan JMTi mengemaskini maklumat peribadi masing-masing terutamanya maklumat yang berkaitan dengan kemahiran dan kepakaran kakitangan. Selain itu juga, dengan adanya bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada kakitangan baru JMTi kepada penggunaan sistem TMS.

 

-- Gambar Sekitar Bengkel --

   

   

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)