PROGRAM BACAAN YASIN PERDANA 2017

13 Januari 2016, JMTI - Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi) membuka tirai baru tahun 2017 dengan mengadakan Program Bacaan Yasin Perdana pada 6 Januari yang lalu. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), JMTi ini telah dihadiri oleh semua kakitangan JMTi yang beragama Islam. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi di Auditorium, Tingkat 1, JMTi ini turut dihadiri oleh beberapa orang kakitangan Tabung Haji Pulau Pinang yang telah diundang khas oleh JMTi untuk memberi taklimat berkaitan dengan perkhidmatan-perkhidmatan terkini yang ditawarkan oleh pihak Tabung Haji. Pihak tabung haji turut membuka kaunter pada hari tersebut untuk sebarang pertanyaan dan mendapatkan perkhidmatan yang berkaitan.

Bacaan yasin kali ini diketuai oleh En. Mohd Zaibidi bin Nordin iaitu salah seorang kakitangan JMTi yang juga merupakan Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik. Selesai bacaan yasin, program diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Abas iaitu wakil daripada pihak Tabung Haji Pulau Pinang. Setelah selesai program di Auditorium, semua yang hadir kemudiannya dijemput menjamu selera di Kafeteria JMTi.

 

-- Gambar Sekitar Program --

    

 

    

 

   

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)