MAJLIS GRADUASI PROGRAM DIPLOMA PROFESIONAL

23 Disember 2016, Seremban - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seramai 32 orang graduan Program Diploma Profesional yang telah berjaya menamatkan pengajian dan telah diraikan dengan meriah dalam Majlis Graduasi yang dianjurkan oleh Mutiara Biru Ehsan pada 18 Disember yang lalu. Seramai 20 daripada 32 orang graduan telah hadir dalam majlis yang diadakan di Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan bagi menerima skrol tamat pengajian yang disampaikan oleh Yang Mulia Tunku Mohsinuddin bin Tunku Mohd Jamil.

Majlis graduasi bagi Program Diploma Profesional ini adalah yang kali pertama diadakan setelah kumpulan pertama program ini berjaya menamatkan setahun pengajian mereka secara separuh masa. Program Diploma Profesional merupakan program kerjasama antara Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi) dan Mutiara Biru Ehsan Sdn. Bhd. (MBE). MBE merupakan sebuah syarikat perunding latihan yang berpusat di Seremban dan turut mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara. Kerjasama antara JMTi dan MBE menerusi Program Diploma Profesional ini menawarkan latihan secara separuh masa khusus untuk pekerja industri dalam tiga bidang utama iaitu Teknologi Industri, Pengurusan Logistik dan Pengurusan Keselamatan Industri.

 

 

-- Gambar sekitar konvokesyen --

  

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)