KARNIVAL KERJAYA DAN TEMUDUGA TERBUKA JMTi KALI KEDUA UNTUK TAHUN 2016

8 Disember 2016, JMTi - Program Karnival Kerjaya dan Temuduga Terbuka JMTi yang berlangsung pada 7 Disember semalam telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Orang ramai berpusu-pusu hadir seawal jam 8.30 pagi untuk menghadiri sesi temuduga yang dijalankan di ruang Lobi Utama JMTi. Dianggarkan seramai 500 orang awam dan 114 orang pelajar telah hadir ke karnival kerjaya tersebut yang kemudiannya berakhir pada jam 4.30 petang semalam.

Sebanyak 27 buah syarikat yang terdiri daripada kilang-kilang dan pihak industri telah terlibat dalam program karnival kerjaya kali ini. Manakala sebanyak 2000 kekosongan jawatan ditawarkan bermula daripada jawatan operator, kerani, juruteknik sehinggalah ke jawatan eksekutif dan jurutera.

Program kali ini telah berjaya mencapai objektifnya hasil daripada komitmen tinggi yang diberikan oleh kakitangan JMTi selain daripada kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi seperti KWSP,PSMB,JPK, PERKESO dan JobsMalaysia. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.

 

-- Gambar sekitar program --

   

   

 

 

 

 

 

 

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)