JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB BKSK JMTI MERIAH

2 Disember 2016, JMTi - Kelab Badan Kebajikan dan Sukan Kakitangan (BKSK) JMTi telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun pada 1 Disember yang lalu. Jamuan ini bermula pada jam 12.30 tengahari dan dihadiri oleh ahli-ahli kelab BKSK yang juga terdiri daripada kakitangan-kakitangan JMTi. Jamuan ini merupakan salah satu acara yang dirancang oleh jawatankuasa induk BKSK untuk ahli-ahli BKSK sebelum tahun 2016 menutup tirai. Majlis bermula dengan ucapan aluan-aluan daripada Pengerusi Kelab BKSK, En Roslan bin Mat Ariff dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada En. Zaihan bin Shukri selaku penaung kelab BKSK JMTi.

Dalam majlis ini juga diselitkan acara penyampaian sijil penghargaan dan hadiah kepada salah seorang ahli BKSK iaitu En. Kamarulzaman bin Sulong yang akan berpindah ke ADTEC Kemaman bermula awal tahun hadapan. Beliau yang telah melapor diri di ADTEC Kemaman pada 28 November yang lalu telah memohon tangguh sehingga hujung tahun ni bagi menyelesaikan segala urusan kerja di JMTi. Pihak JMTi mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau atas segala jasa dan khidmat bakti selama bertugas di JMTi dan diharapkan beliau akan lebih berjaya dan gembira di tempat yang baru.

 

-- Gambar sekitar majlis berlangsung --

   

   

   

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)