ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SESI 1/2016

2 Disember 2016, JMTI - Dalam perhimpunan bulanan pelajar bersama Pengarah yang diadakan pada 21 November yang lalu, seramai 44 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar semester 1 hingga semester 5 telah dimumkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi sesi 1/2016. Mereka terdiri daripada 18 orang pelajar Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, 4 orang pelajar Teknologi Kejuruteraan Komputer, 17 orang pelajar Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan 5 orang pelajar Teknologi Kejuruteraan Pembuatan. Selain itu, 17 orang pelajar lagi iaitu pelajar-pelajar semester 6 turut diumumkan sebagai pelajar cemerlang yang telah berjaya mengumpul CGPA 3.5 dan ke atas.

Dalam majlis yang bermula seawal jam 11.30 pagi, Tuan Pengarah JMTI, En. Zaihan bin Shukri telah menyampaikan sijil dan plak kecemerlangan kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya.

 

-- Gambar sekitar majlis. Antara penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik --

     

   

   

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)