PISF 2016 SUMO Robot Competition

16 November 2016, JMTi - Pasukan robot JMTi telah berjaya mengharumkan nama JMTi apabila berjaya memenangi tempat ketiga dan keempat dalam pertandingan SUMO Robot dalam  Penang International Science Fair (PISF) yang diadakan pada 12 April yang lalu. Tempat ketiga tersebut telah melayakkan JMTi membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM500.00 beserta sijil. 

PISF merupakan satu program yang dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada misi 'Inspiring Innovation' oleh Penang Science Cluster (PSC). Misi ini memberi tumpuan untuk membangunkan minda golongan muda dan mendedahkan mereka kepada sains dan kejuruteraan secara unik, ransangan dan pengalaman yang inovatif.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai kejayaan dalam pertandingan tersebut dan juga pengajar-pengajar yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan.

 

-- Gambar sekitar pertandingan -- 

     

     

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)