MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN JMTi

14 November 2016, JMTiSatu majlis perpisahan telah diadakan di ‘Refreshment Room’, JMTi, pada 10 November yang lalu bagi meraikan lima orang kakitangan JMTi yang akan berpindah keluar daripada JMTi. Majlis yang bermula pada jam 11.30 pagi telah dihadiri oleh semua kakitangan JMTi. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan (BKSK) JMTi.

Lima orang pegawai yang diraikan ialah En. Zamzury bin Mat, En. Mohd Najman bin Abd. Rasib, En. Abdul Mubin bin Abdullah, En. Firdaus bin Ishak dan En. Mohamad Azwan bin Mohd Yunus. En. Zamzury akan berpindah ke ILP Kepala Batas, En. Najman ke ADTEC Batu Pahat, manakala En. Abdul Mubin, En. Firdaus dan En. Azwan pula akan berpindah ke ADTEC Taiping. 

Warga JMTi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kakitangan yang akan berpindah dan ribuan terima kasih diucapkan di atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di JMTi.

 

-- Gambar sekitar majlis --

   

   

   

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)