KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

28 Sept 2016, JMTi - Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan bermula pada 26 sehingga 27 September 2016 bertempat di Auditorium JMTi. Kursus selama 2 hari ini bukan sahaja dihadiri oleh kakitangan JMTi malah turut dihadiri oleh peserta-peserta luar daripada pelbagai agensi kerajaan wilayah utara. Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta mengenai kaedah yang betul dalam menguruskan aset kerajaan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan - 1PP. 

JMTi telah menjemput En. Meor Saharizan bin Meor Idris iaitu Penolong Perunding Latihan (Unit Perkhidmatan dan Kewangan), INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) untuk memberi taklimat dalam kursus tersebut.

 

-- Gambar sekitar kursus berjalan --

  

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)