MAJLIS PENUTUP PROGRAM MTCP 2016 DI JMTI

8 September 2016, JMTi - Program Kerjasama Teknikal Malaysia yang lebih dikenali sebagai Malaysian Technical Coorperation Programme (MTCP) yang bermula di JMTi sejak 15 Ogos yang lalu telah melabuhkan tirainya dalam satu majlis penutup yang telah diadakan pada hari ini. Majlis penutup ini telah bermula sejak jam 11.00 pagi  dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. 

Majlis dirasmikan oleh Pengarah JMTi, En. Zaihan bin Shukri yang mewakili Ketua Pengarah JTM yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Majis berlangsung dengan meriah dan dimulai dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan seawal jam 10.00 pagi. Sebaik selesai sesi fotografi di Lobi Tingkat Bawah JMTi, kesemua tetamu jemputan dan peserta-peserta MTCP dibawa masuk ke Auditorium di tingkat 1 dengan diiringi paluan kompang pelajar-pelajar JMTi. Dalam majlis tersebut, tetamu-tetamu turut dihidangkan dengan persembahan pelajar-pelajar dan tayangan video pendek yang memaparkan suka duka dan aktiviti-aktiviti peserta MTCP sepanjang hampir sebulan program latihan dikendalikan oleh pihak JMTi.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta MTCP yang telah menamatkan latihan di JMTi dalam bidang Computer Networking and Web Services dengan jayanya dah tahniah juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa MTCP  yang telah bertungkus lumus memastikan program ini berjalan lancar dari awal sehingga ke akhirnya.

 

-- Gambar sekitar majlis penutup --

   

   

 

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)