Majlis Perasmian Program HPMM TVET Talent & Skill

16 Mei 2016, JMTi - Majlis perasmian bagi Program HPMM TVET Talent & Skill telah diadakan pada jam 10.30 pagi bertempat di Auditorium Tingkat 1, JMTi. Program HPMM TVET Talent & Skill ini merupakan program kerjasama pintar antara Hewlet-Packard Malaysia Manufacturing Sdn. Bhd (HPMM) dan Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi). Program ini diwujudkan bertujuan untuk melatih perantis HPMM dimana seramai 20 orang perantis akan ditugaskan sebagai Juruteknik Pembuatan manakala 20 orang lagi sebagai Juruteknik Kejuruteraan di HPMM setelah tamat latihan. Dibawah program ini, para pelajar akan dilatih oleh pengajar-pengajar JMTi bagi membolehkan mereka mendapat pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pekerja mahir. Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Program ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak HPMM dan pemilihan pelajar dibuat sendiri oleh pihak HPMM. Pada penghujung majlis telah diadakan juga sesi menandatangani memorandum kerjasama pintar antara HPMM dan JMTi.

 

-- Gambar sekitar majlis berlangsung --

   

   

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)