JMTi RAIH PINGAT EMAS DALAM ITEX 2016

15 Mei 2016, JMTi - Institut Teknikal Jepun Malaysia berjaya meraih satu pingat emas dalam International Invention and Innovation Exhibition (ITEX 2016) menerusi rekacipta Smart Cylinder Angle Jig bagi kategori Machines and Equipment. Sebanyak 23 kategori yang dipertandingkan dalam ITEX kali ini yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 12 hingga 14 Mei yang lalu. JMTi diwakili oleh En. Mohamad Azlan bin Khalili, En. Mohamad Sharizan bin M. Shariff, En. Mohd Rozaini bin Ramli dan pelajar Mohd Ashraf bin Ahmad Sabki. Kesemuanya adalah daripada Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan. 

ITEX merupakan pameran rekacipta dan inovasi yang diadakan pada setiap tahun dan kali ini ianya disertai lebih daripada 20 buah negara di serata Asia dan Eropah. ITEX merupakan satu platform antarabangsa untuk perekacita tempatan dan antarabangsa serta saintis penyelidikan untuk membentangkan ciptaan dan inovasi mereka kepada komuniti perniagaan yang berminat untuk mengkomersialkan ciptaan mereka. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang telah berjaya mengharumkan nama JMTi diperingkat antarabangsa.

 

 -- Gambar sekitar pertandingan --

     

     

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)