ANUGERAH PEKERJA CONTOH BULAN MAC-APRIL 2016

9 Mei 2016, JMTi Dalam perhimpunan bulanan kakitangan bersama Pengarah buat kali kelima bagi tahun 2016, En. Roslan bin Mat Ariff telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Mac-April 2016. Beliau merupakan pensyarah di Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan selain menjawat jawatan sebagai Pengerusi Kelab Badan Kebajikan dan Sukan Kakitangan (BKSK) JMTi.

Penganugerahan Anugerah Pekerja Contoh diadakan pada setiap 2 bulan sekali di JMTi dan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja yang terbaik dalam tempoh tersebut. Sempena perkhidmatan cemerlang En. Roslan sepanjang bulan Mac dan April bagi tahun 2016, beliau kemudiannya telah dianugerahkan dengan sijil penghargaan dan juga cenderahati yang disampaikan oleh Pengarah JMTi, En. Zaihan bin Shukri. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada En. Roslan di atas kejayaan beliau. Semoga beliau akan menampilkan perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

 

-- Gambar sekitar perhimpunan kakitangan --

  

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)