KURSUS SISTEM PEMARKAHAN PELAJAR MQA

14 April 2016, JTMi - Satu kursus Sistem Pemarkahan Pelajar MQA telah diadakan di Auditorium, Tingkat 1, Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi). Kursus yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Akreditasi MQA JMTi ini bermula pada jam 2 petang dan dihadiri oleh pengajar-pengajar JMTi.Ceramah telah disampaikan oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa MQA yang lebih berpengalaman seperti En. Zainol bin Abd Razak daripada Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, Tuan Azrudi bin Tuan Mohd Zubit daripada Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik dan juga oleh Timbalan Penngarah Pengurusan Latihan, Pn. Junnaina binti Husin Chua.

Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi penerangan secara terperinci kepada para pengajar berkaitan dengan pengisian markah dan dokumen yang berkaitan untuk sistem pemarkahan MQA serta penilaian tahap penguasaan pelajar terhadap matapelajaran yang diberi. Adalah diharapkan dengan kursus ini dapat meningkatkan kefahaman para pengajar dan menambahbaik mutu latihan di JMTi.

 

-- Gambar sekitar kursus berlangsung --

    

   

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)