Pertandingan iCompex'16

Pada 22 hingga 24 Mac 2016, Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi) telah menyertai National Innovation and Invention Competition Through Exibition 2016 (iCompex’16) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas). Pertandingan iCompex'16 kali ini disertai oleh pelbagai agensi dan institusi seperti universiti, kolej universiti, politeknik, institut latihan kemahiran, sekolah-sekolah dan lain-lain. 

JMTi telah menghantar dua projek inovasi bagi kategori ICT & Multimedia untuk dipertandingkan. Kedua-dua projek ini dibangunkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer, JMTi dengan seliaan dan khidmat nasihat daripada pengajar-pengajar. Projek My Budget Barcode Scanner Application Using Android yang dibangunkan oleh pelajar Nurnadhirah, Siti Norfazila dan Siti Nur Zakiah dibawah seliaan Pn. Fauziah Bt Mohamad telah berjaya memenangi pingat perak. Manakala bagi projek Home Temperature Detector Using Android yang dibangunkan oleh pelajar Lowearnesaram, Kamaageni dan Yamunah dibawah seliaan Pn. Roszaidah binti Mat Jihin telah berjaya memenagi pingat gangsa. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang telah berjaya.

 

-- Gambar sekitar pertandingan --

       

       

 

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)