MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN

31 Mac 2016, JMTi - Satu majlis perpisahan telah diadakan di Bilik Mesyuarat TKP/TKM bagi meraikan salah seorang kakitangan daripada Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (TKP) iaitu En. Rizal bin Razali yang berpindah ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur. Perpindahan beliau ke ILP Kuala Lumpur berkuatkuasa pada 4 April 2016.

Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan untuk meraikan perpindahan beliau bermula sekitar jam 12 tengahari dan turut dihadiri oleh semua kakitangan daripada Jabatan TKP. Dalam majlis ini, Ketua Jabatan TKP iaitu En. Mohd. Yusri bin Abdul Rahim yang mewakili pihak JMTi keseluruhannya mengucapkan selamat maju jaya dan merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada En. Rizal atas segala sumbangan beliau selama berkhidmat di Jabatan TKP khususnya dan JMTi secara amnya. 

 

- Gambar sekitar majlis berlangsung - 

  

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)