ANUGERAH PEKERJA CONTOH BULAN JAN-FEB 2016

JMTi, 7 Mac 2016 - Dalam perhimpunan bulanan kakitangan bersama Pengarah buat kali ketiga bagi tahun 2016, En. Ierwan bin Abd Karim telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Pekerja Contoh bulan Januari-Februari 2016. Beliau merupakan tenaga pengajar di Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan telah berkhidmat di JMTi selama hampir 7 tahun.

Penganugerahan Anugerah Pekerja Contoh diadakan pada setiap 2 bulan sekali di JMTi dan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja yang terbaik dalam tempoh tersebut. Sempena perkhidmatan cemerlang En. Ierwan sepanjang bulan Januari dan Februari tahun 2016, beliau kemudiannya telah dianugerahkan dengan sijil penghargaan dan juga cenderahati yang disampaikan oleh Pengarah JMTi, En. Zaihan bin Shukri. Sekalung tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga beliau akan menampilkan perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

 

-- Gambar sekitar perhimpunan bulanan --

     

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)