FLUKE CALIBRATION & INDUSTRIAL TEST TOOLS SEMINAR

JMTi, 17 Februari 2016 - Institut Teknikal Jepun Malaysia dengan kerjasama Firmtest Technolgy (PG) Sdn. Bhd. telah mengadakan seminar Fluke Calibration and Industrial Test Tools di Auditorium, Aras 1, JMTi. Seminar ini yang bermula pada jam 9 pagi, telah berjaya menghimpunkan seramai 112 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil industri dan juga tenaga-tenaga pengajar daripada pelbagai institusi latihan seperti IKBN, Kolej Vokasional, ADTEC dan lain-lain. Seminar ini turut disertai oleh kakitangan dan juga pelajar-pelajar JMTi.

Dalam seminar ini, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan dan teknologi-teknologi terkini yang digunakan dalam penentukuran (calibration) suhu, tekanan dan elektrik. Ceramah telah disampaikan oleh tiga orang pakar daripada industri iaitu En. E.K. Phor (Firmtest Technology), En. Chang Keong Ng (Fluke Calibration's regional product manager) dan En. Hasnan bin Mohamad Jamhari (Synertek Electronics Sdn. Bhd.). Di akhir seminar, peserta telah ditunjukkan demo penggunaan peralatan Fluke dan para peserta juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan peralatan tersebut. 

 

-- Gambar sekitar seminar berlangsung --

    

    

 

 

  

 

 

 
Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)