Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

PENGENALAN


Program Teknologi  Kejuruteraan Pembuatan diwujudkan bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran dan pendidikan tinggi dalam teknologi pembuatan. Selaras dengan perkembangan pesat sektor industri pembuatan Negara, keperluan kepada teknik pengurusan dan pengeluaran yang inovatif semakin meluas.

Proses pembuatan merupakan proses yang penting untuk memastikan kualiti, ketahanan dan produktiviti sesuatu barangan mampu berdaya saing diperingkat tempatan dan antarabangsa. Penekanan diberi kepada penyelidikan keatas penggunaan bahan-bahan kejuruteraan baru seperti seramik, komposit, logam dan plastik. Keutamaan turut diberikan terhadap ujian klinikal termasuk kesan penggunaan, kekuatan bahan dan rekabentuk. Penggunaan mesin dan sistem yang terkini seperti yang terdapat di industri turut didedahkan kepada pelatih agar mereka mampu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan teknologi di alam pekerjaan kelak.

 

OBJEKTIF 
Objektif Program Teknologi Kejuruteraan Pembuatan adalah  untuk :

•    Menyediakan pelatih dengan kemahiran dan pengetahuan asas dalam bidang mekanik dan pemesinan.
•    Memberi pendedahan kepada pelatih teknik merancang, merekacipta dan mengendalikan operasi pengeluaran.
•    Memberi pelatih kemahiran dalam menggunakan teknologi dan peralatan baru serta perisian terkini contohnya CAD/CAM/CAE .
 
 

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN


1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (J14) 

   Tempoh Pengajian : 3 tahun (6 semester)
   Yuran Pengajian : RM1500/ semester

2. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan Jitu (J15) 

   Tempoh Pengajian : 3 tahun  (6 semester)
   Yuran Pengajian : RM1500/ semester

3. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (R04)

   Tempoh Pengajian : 2 tahun 6 bulan (5 semester)
   Yuran Pengajian : RM1500/ semester

4. Sijil Kemahiran Malaysia Teknologi Pemesinan Am Tahap 2

   SKM Tahap 2 (MC-050-2:2012)
   Tempoh Pengajian : 6 bulan 
   Yuran Pengajian Percuma

5. Sijil Kemahiran Malaysia Teknologi Pemesinan Am Tahap 3

   SKM Tahap 3 (MC-050-3:2012)
   Tempoh Pengajian : 6 bulan 
   Yuran Pengajian Percuma

6. Diploma Kemahiran Malaysia Koordinasi Pembuatan (ZK03)

   DKM Tahap 4 (MC-050-4:2012)
   Tempoh Pengajian : 18 bulan (Termasuk 6 bulan Latihan Industri)
   Yuran Pengajian RM1500/semester

7. Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (J16A)

   Tempoh Pengajian : 6 bulan
   Yuran Pengajian : Percuma
   Elaun RM100/bulan

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)