Teknologi Kejuruteraan Mekatronik

 

PENGENALAN


Program Teknologi Kejuruteraan Mekatronik adalah hasil gabungan teknologi elektronik, komputer dan dan mekanikal. Perkembangan pesat industri berteknologi tinggi di Malaysia telah membawa kepada keperluan untuk melahirkan teknologis yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di dalam pelbagai disiplin kejuruteraan.

Program Teknologi Kejuruteraan Mekatronik menawarkan aspek latihan kemahiran asas yang menyeluruh dalam bidang mekatronik dan penekanan diberikan kepada teknologi penggunaan sistem automasi dan robotik. Silibus program ini dibangunkan dengan kerjasama pakar dari Jepun. Program ini bermatlamat untuk melahirkan teknologis yang berkebolehan menyelesaikan masalah dalam mengintegrasikan sistem dan teknologi elektronik, komputer dan mekanikal serta menyelengara peralatan industri berteknologi tinggi.

 

OBJEKTIF


Objektif Program Teknologi Kejuruteraan Mekatronik adalah untuk melahirkan pelatih-pelatih:

  • Berketerampilan menyelesaikan masalah dalam mengintegrasikan sistem dan teknologi elektronik,komputer dan mekanikal.
  • Berkemahiran dalam menyelengara peralatan industri berteknologi tinggi.
  • Berkebolehan dalam merekabentuk sistem automasi menggunakan pengatrurcaraan yang sesuai.

 

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN


1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (J11) 

   Tempoh Pengajian : 3 tahun (6 semester)
   Yuran Pengajian : RM1500/ semester

2. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (R01)

   Tempoh Pengajian : 2 tahun 6 bulan (5 semester)
   Yuran Pengajian : RM1500/ semester

3. Diploma Kemahiran Malaysia Pentadbir Kejuruteraan Automasi Industri (ZL12)

   DKM Tahap 4 (MC-091-4:2013)
   Tempoh Pengajian : 18 bulan (Termasuk 6 bulan Latihan Industri)
   Yuran Pengajian RM1500/semester

4. Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (J16A)

   Tempoh Pengajian : 6 bulan
   Yuran Pengajian : Percuma
   Elaun : RM100/bulan

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)