Teknologi Kejuruteraan Komputer

PENGENALAN


Program dibawahTeknologi Kejuruteraan Komputer menyediakan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pengkhususan teknologi tinggi dan professional dalam bidang kejuruteraan komputer dan teknologi maklumat.

Keutamaan adalah diberikan kepada peningkatan kefahaman dan kemahiran di dalam pembangunan dan rekabentuk sistem, penggunaan komputer dan operasi industri, telekomunikasi,pemprosesan imej, pembangunan dan rekabentuk perisian komputer.

Graduan teknologi kejuruteraan komputer berupaya untuk menyelengara, membaiki-pulih serta mengenalpasti permasalahan berkaitan perisian, pengaturcaraan, perkakasan dan sistem komputer di dalam dunia pekerjaan sebenar.

.
OBJEKTIF
Objektif Program Teknologi Kejuruteraan Komputer adalah  untuk melahirkan pelatih-pelatih:
  • Berpengetahuan serta berkemahiran di dalam bidang pengaturcaraan komputer.
  • Berkemahiran dalam mengendalikan komputer termasuk teknik-teknik pembangunan perisian (software), komunikasi data dan pemprosesan data.
  • Berkemahiran dalam memasang, menaiktaraf, membaiki dan menyelenggara komputer.

 

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN


1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer (J12) 

   Tempoh Pengajian : 3 tahun (6 semester)
   Yuran Pengajian : RM1500/ semester

2. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer (R02)

   Tempoh Pengajian : 2 tahun 6 bulan (5 semester)
   Yuran Pengajian : RM1500/ semester

3. Diploma Kemahiran Malaysia Pentadbir Sistem Komputer (ZG01)

   DKM Tahap 4 (IT-020-4:2013)
   Tempoh Pengajian : 18 bulan (Termasuk 6 bulan Latihan Industri)
   Yuran Pengajian RM1500/semester

4. Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (J17A)

   Tempoh Pengajian : 6 bulan
   Yuran Pengajian : Percuma
    Elaun : RM100/bulan

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)