Teknologi Kejuruteraan Elektronik

PENGENALAN
Program Teknologi Kejuruteraan Elektronik diwujudkan bertujuan untuk memberi latihan kemahiran diperingkat teknologi tinggi bagi pelajar lepasan SPM dan sijil. Silibus program ini dibangunkan dengan kerjasama pakar dari Jepun yang bermatlamat untuk memberikan asas yang kukuh dalam bidang elektronik, teknik pengaturcaraan, mikro-pemprosesan dan sistem kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam industri pengeluaran, pembuatan dan telekomunikasi

OBJEKTIF


Objektif Program Teknologi Kejuruteraan Elektronik adalah untuk :

  • Merekabentuk dan membangunkan kurikulum serta melaksanakan program-program latihan jangka panjang dalam bidang kejuruteraan elektronik perindustrian dan telekomunikasi.
  • Memberi asas yang kukuh kepada pelajar dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutamanya dalam bidang pengeluaran, pembuatan dan telekomunikasi.
  • Memastikan pelajar berkebolehan untuk membaikpulih peralatan elektronik, merekabentuk PCB, menganalisa litar elektronik, menggunakan penderia bagi pengawalan sistem automasi kompleks dan membina sistem rangkaian telekomunikasi.

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN


1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik (J13) 

   Tempoh Pengajian : 3 tahun (6 semester)
   Yuran Pengajian : RM1500/ semester

2. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (R03)

   Tempoh Pengajian : 2 tahun 6 bulan (5 semester)
   Yuran Pengajian : RM1500/ semester

3. Diploma Kemahiran Malaysia Pembangunan Produk Elektronik (ZL02)

   DKM Tahap 4 (EE-021-4:2012)
   Tempoh Pengajian : 18 bulan (Termasuk 6 bulan Latihan Industri)
   Yuran Pengajian RM1500/semester

4. Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Komputer (J17A)

   Tempoh Pengajian : 6 bulan
   Yuran Pengajian : Percuma
   Elaun : RM100/bulan

 

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)