Pengenalan

J

 

APAN MALAYSIA TECHNICAL INSTITUTE (JMTi) telah dicadangkan idea penubuhannya oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994. Hasil kerjasama teknikal dengan negara Jepun, JMTi secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM). JMTi dibina di tengah-tengah kawasan perindustrian Bukit Minyak dan menawarkan program latihan peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan.

 

M

 

enawarkan program pengajian teknikal bagi memenuhi keperluan tenaga mahir negara bagi merealisasikan Wawasan 2020 yang mensasarkan 50% tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020. Program-program yang ditawarkan adalah selaras dengan keperluan industri semasa dan menggunakan peralatan serta kemudahan bengkel berteknologi tingi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 

T

 

erdapat 5 program utama yang ditawarkan iaitu Program Teknologi Kejuruteraan Elektronik, Program Teknologi Kejuruteraan Komputer, Program Teknologi Kejuruteraan Mekatronik, Program Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Program Teknologi Kejuruteraan Pemesinan Jitu. Selain daripada itu JMTi juga menawarkan program di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). JMTi juga giat menjalankan kursus-kursus jangka pendek kepada komuniti, pekerja-pekerja awam dan swasta.

 

I

 

nstitut telah menerima pelbagai pengiktirafan bagi program-program yang dijalankan seterusnya menjadikan graduan kelahiran Institut berkemampuan tinggi untuk merebut peluang pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Hubungi Kami
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN-MALAYSIA (JMTI)
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG, MALAYSIA.
TEL: 604 - 5087800 FAX: 604 - 5087809 

JMTi tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik: Chrome / Firefox 3.0 / IE 8 keatas dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTi)