Program Latihan Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer
- Printer-friendly version
- Login to post comments
Sehingga kini JTKK menawarkan program latihan di peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan seperti berikut:
- Diploma: Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer (DTKK) (KP/JPS (KA 6959) 7/11)
- Diploma Lanjutan: Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer (DLTK)
Pelatih-pelatih yang mendaftar mana-mana satu dari program di atas, mereka juga diwajibkan mendaftar program anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) seperti berikut:
- DTKK: Diploma Kemahiran Malaysia (DKM - Tahap 4).
- DLTK: Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM - Tahap 5).
DTKK dan DLTK dianugerahkan oleh JMTI/Jabatan Tenaga Manusia (JTM) manakala DKM dan DLKM pula dianugerahkan oleh JPK. Kesimpulannya, pelatih-pelatih akan dianugerahkan dengan dua Diploma ataupun dua Diploma Lanjutan apabila berjaya menamatkan kursus-kursus ini dengan jayanya.



