21 Februari 2019, JMTI- Majlis Penutupan Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) JMTI Tahun 2019 . Program ini dianjurkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Manusia dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA). Program ini melibatkan  5 orang pengajar TVET dari Negara Kemboja dibawah Program Latihan Negara Ketiga (TCTP). Penganjuran ini merupakan Program Antarabangsa ke 12 dilaksanakan oleh JMTI. Kursus “Pneumatics Control & Maintenance" telah berlangsung selama 2 minggu mulai daripada 11 hingga 23 Febuari 2019 merupakan salah satu program perkongsian kepakaran khususnya dalam bidang berasaskan IR4.0. JMTI berharap dengan perlaksanaan program latihan antarabangsa ini JMTI akan terus mengarus perdanakan program latihan TVET negara dan membawa JMTI ke persada dunia. Program yang sama turut ditawarkan kepada industri dan institusi lain yang berminat.

 

 Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com