Image

Telah berlangsung Majlis Amanat oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, YBrs. Encik Shakib bin Ahmad Shakir.

Majlis Tersebut turut diikuti secara atas talian oleh warga kerja JMTI.

Dalam ucapan amanat tahun baharu 2024, YBrs. Encik Shakib bin Ahmad Shakir, Ketua Pengarah JTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga JTM yang terlibat menjayakan setiap perancangan, usaha dan pencapaian yang cemerlang JTM sepanjang tahun 2023.

YBrs. Encik Shakib bin Ahmad Shakir juga mengingatkan semua warga JTM agar mengikut saranan YB Menteri Sumber Manusia agar 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐞𝐩 𝟓𝐊 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢, 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐧𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐥𝐮𝐬𝐚𝐧, 𝐊𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧.

Ujarnya lagi JTM perlu meningkatkan jatidiri pelajar ILJTM termasuk keupayaan komunikasi, berketerampilan dan berkeyakinan bukan hanya mengeluarkan sijil atau diploma semata-mata, tetapi tentang bagaimana membangunkan potensi manusia dan menjadikan mereka seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Diakhir ucapan, beliau sekali lagi berharap agar semua pihak bersama-sama berganding bahu dan bekerjasama dalam menjadikan Jabatan Tenaga Manusia sebagai organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing.

Majlis Amanat kali ini amat istimewa dimana YBrs. Encik Shakib bin Ahmad Shakir sendiri berkenan untuk melancarkan tagline baru JTM iaitu "𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔" 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"

Klik untuk lebih lanjut 

#TVETDIGITAL #jommasukjmti

#TVET #TVETMalaysia #JMTI #ILJTM #JTM #AspirasiKecemerlanganTVET

#KSM