Image
Tarikh : 29.10.2023
Tempat : AUDITORIUM JMTI

Pihak JMTI merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta kursus program THIRD COUNTRY TRAINING PROGRAMME (TCTP) bagi kursus ”Network Technology With Iot Applications In Digital Economy” berikut yang telah berjaya menamatkan latihan kursus dengan jayanya. Semoga dengan ilmu dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang latihan dijalankan, dapat digunakan dan diaplikasikan ketika menjalankan tugas-tugas di negara masing-masing.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada MTCP (Malaysian Technical Cooperation Programme) and JICA (Japan International Cooperation Agency) di atas kepercayaan memilih JMTI sebagai penyedia latihan dalam program latihan ini. Semoga usahasama akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua peserta, tenaga pengajar JMTI yang berdedikasi, dan semua pihak yang telah menjayakan kursus ini. Komitmen anda untuk memajukan pengetahuan dan memupuk kerjasama antarabangsa sememangnya patut dibanggakan.



Klik untuk lebih lanjut