PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti merekabentuk, pemprosesan, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam teknologi pembuatan. Ia terdiri daripada tugas-tugas yang merangkumi konteks sejajar dengan pembangunan industri terkini. Pelajar akan mempelajari lukisan asas dan lanjutan dan reka bentuk (CAD/CAM) yang berkaitan Kejuruteraan, menggunakan mesin konvensional dan CNC melibatkan Mesin Kisar, Mesin Larik dan Mesin Canai, EDM Die Sinking dan Wire Cut. Di samping itu, pelajar juga akan mempelajari subjek penyeliaan, pengurusan dan mata pelajaran am seperti Fizik, Aplikasi Komputer, Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Pelajar akan menggunakan semua pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam membangunkan Projek Tahun Akhir dan menjalani Latihan Industri pada akhir semester. Pelajar juga perlu terlibat dengan aktiviti-aktiviti tambahan dan kurikulum dan sukan. Pelajar akan dilatih untuk dapat merekabentuk dan membangun atau mengubah dan meningkatkan sistem atau peralatan yang digunakan dalam proses dan industri pembuatan serta mematuhi peraturan keselamatan dan prosedur yang ditetapkan.

 

TEMPOH LATIHAN

18 bulan @ 1 tahun 6 bulan

3 semester = (2 semester pengajian, 1 semester latihan industri)

 

SYARAT KEMASUKAN:

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam Operasi Pemesinan MC-050-3:2015

 

PERSIJILAN

  1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) 
  2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 MC-050-4:2012 Coordinator Manufacturing ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

 

STRUKTUR PROGRAM:

Diploma dalam kurikulum Teknologi Kejuruteraan Pembuatan memberi tumpuan kepada teori asas dan khusus, amalan asas dan khusus  serta pengurusan kejuruteraan Pembuatan

Semester 1

  • Jig & Fixture Design
  • Product Design & Analysis
  • Manufacturing Management
  • Final Year Project I

Semester 2

  • Quality Control
  • Computer Aided Manufacturing (Cam)
  • Eenterpreneurship
  • Hak Pekerja
  • Final Year Project II

Semester 3

  • Industrial Training (6 months)

 

KEMUDAHAN MAKMAL:

  • Makmal CAD/CAM
  • Makmal Simulation A
  • Makmal Metrology
  • Bengkel Konvensional
  • Makmal Testing & Heat Treatment
  • Bengkel FMS / Bengkel CNC

 

PELUANG KERJAYA:

Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut

  • Manufacturing Technician
  • QC Technician
  • CNC Programmer
  • Machinist Technician
  • CNC Machinist Technician
  • Product Designer
  • CAD/CAM Designer
  • Penolong Pegawai Latihan Vokasional

 

BIASISWA / PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pembiayaan latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK), PPBU Bank Rakyat