Image

Institut Teknikal Jepun Malaysia(JMTI) telah menerima kunjungan hormat daripada Regimen 509 Askar Wataniah yang diketuai oleh Mejar Sobri bin Hashim pada 11 Januari 2023 yang bertujuan untuk berkongsi peranan agensi dan bertukar-tukar pandangan berkaitan kedua-dua agensi dalam kerjasama dua hala antara JMTI dan RAW. Persetujuan secara dasar telah dicapai untuk mewujudkan Pasukan Perajurit Muda Sukarela Askar Wataniah di JMTI bermula tahun 2023. Diharapkan usaha murni ini akan menjadi langkah tepat dalam usaha JMTI merintis laluan untuk menyumbang khidmat bakti kepada negara Malaysia.

Tarikh : 11 Januari 2023
Masa : 9.00 am
Lokasi : Bilik Mesyuarat JMTI

Klik untuk lebih lanjut