You are here:: Home
 
 

Pertandingan Pidato 1 Malaysia 2011

 

 

 

 pidato1malaysia

pidato1malaysia2

Pertandingan Pidato 1 Malaysia telah diadakan pada 28 April 2011 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Institut Teknikal Jepun Malaysia. Tujuan utama Pertandingan Pidato 1 Malaysia adalah sebagai salah satu media  atau kaedah bagi menyampaikan dan menyebarkan maklumat dasar-dasar kerajaan khasnya Gagasan 1 Malaysia kepada orang ramai. 

 

Pertandingan Pidato 1 Malaysia bagi bukan Melayu bertujuan untuk mencapai matlamat Gagasan 1 Malaysia melalui pembudayaan Bahasa Kebangsaan serta penglibatan semua kaum di dalam pertandingan ini. Seramai lima orang peserta telah mengambil bahagian mewakili lima daerah di Negeri Pulau Pinang.

Antara tetamu kehormat yang hadir bagi Pertandingan Pidato 1 Malaysia ialah Y. Bhg. Puan Ng Siew Lai, Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Wanita , Pulau Pinang, Y. Brs.  En. Mohamad Fatkhul Hatta bin Robiki , Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang, Y. Brs En. Zaihan bin Shukri, Pengarah Institut Teknikal Jepun Malaysia dan wakil-wakil daerah Pulau Pinang.

 Keputusan Pertandingan Pidato 1 Malaysia adalah seperti berikut;

 

Keputusan

 

Nama Peserta

 

Daerah

 

Hadiah

Johan

 

Law Wei Siang

Timur Laut

RM 1,500.00 + Hadiah iringan + Sijil

Kedua

Samila Ooi Ling Ling

Seberang Perai Selatan

RM 1,000.00 + Hadiah iringan + Sijil

Ketiga

Tan Knye Fang

Seberang Perai Utara

RM 500.00 + Hadiah iringan + Sijil

Saguhati

Richard Emmanule A/L Kodivelu

Seberang Perai Tengah

RM 200.00 + Hadiah iringan + Sijil

Saguhati

Choo Chin Woon

Bart Daya

RM 200.00 + hadiah iringan + Sijil

 

Majlis Pertandingan Pidato 1 Malaysia Bukan Melayu 2011 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah dapat dijayakan dengan sempurna. Perjalanan majlis berjalan lancar. Pihak Pengurusan, pegawai serta pelajar JMTI , Bukit Mertajam telah memberi sepenuh kerjasama serta komitmen yang padu dalam memastikan kesempurnaan dan kelancaran perjalanan majlis ini. Pertandingan Pidato 1 Malaysia (Bukan Melayu) 2011 Peringkat Negeri Pulau Pinang anjuran bersama Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)