JMTI, 7 April 2019 - Satu Majlis Penghargaan daripada Menteri Luar Jepun kepada Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) bertemakan ‘Menggalakkan Hubungan Ekonomi antara Jepun dan Malaysia’ telah diadakan di Auditorium JMTI bermula jam 11 pagi. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Duta Jepun ke Malaysia, H.E Dr. Makio Miyagawa; Menteri Kewangan, Yb Lim Guan Eng; Menteri Sumber Manusia, Yb M. Kula Segaran; Ketua Pengarah Kementerian Sumber Manusia; Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar dan Pengarah JMTI, Ts. Kamaruzaman Bin Hj. Md. Ali. Majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian pelbagai etnik Malaysia oleh kumpulan tarian Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pulau Pinang dan persembahan  Cak Lem Pong dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak. Antara intipati majlis adalah, Menteri Sumber Manusia Yb M. Kula Segaran berkata pihaknya akan mengusulkan cadangan kepada Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) untuk mempertimbangkan supaya JMTI dijadikan pusat latihan serantau yang mengetengahkan program latihan dari agensi berkenaan. Cadangan ini selari dengan penubuhan JMTI, malah ia tidak membabitkan sebarang implikasi kewangan jika JMTI dijadikan pusat latihan serantau JICA dengan ia akan diketengahkan dalam lawatan kerja rasmi beliau ke Jepun, pada Jun depan.

 

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

 

 

21 Mac 2019, JMTI - Institut Teknikal Jepun Malaysia telah menghantar 3 projek tahun akhir pelajar untuk menyertai pertandingan National Innovation and Invention Competition (iCompEx'19) pada tarikh 19 Mac hingga 21 Mac 2019. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra Kedah pada 19 Mac hingga 21Mac 2019 di Dewan Wawasan , JITRA, KEDAH. Tiga penyertaan projek yang telah dihantar berjaya merangkul pingat. Berikut adalah senarai projek tersebut:
1. e-Job JMTI (Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer) meraih Pingat Emas
2. Smart visitor and student record using RFID (Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer) meraih Pingat Gangsa
3. Ferterlizer Spreader (Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan) meraih Pingat Gangsa

Semoga pelajar-pelajar dan pengajar JMTI terus cemerlang...

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

 

 

 

 

Tajuk : INDUSTRIAL VISIT AND BUSINESS MATCHING SESSION
Tarikh: 6/3/2019 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Auditorium JMTI
Anjuran : Institut Teknikal Jepun Malaysia( JMTI) bersama  dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad ( MY HRDF)

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

 

Tajuk : Perhimpunan Bulanan Kakitangan JMTI bagi Bulan Mac 2019
Tarikh: 4/3/2019 (Isnin)
Masa: 10 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Kuliah Utama
Anjuran : BPSM dan BKKL JMTI

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

Tajuk : Stress Free Booth
Tarikh: 28/2/2019 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Lobi Utama JMTI
Anjuran : Bahagian Pembangunan Insan (BPI), JMTI

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

Tajuk : POTENTIAL MEMBERS OF INSTITUTE INDUSTRY MANAGEMENT BOARD
Tarikh: 25/2/2019 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, JMTI
Anjuran : Jabatan Tenaga Manusia

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

Tajuk : TAKLIMAT ISU PALESTIN DAN SYRIA
Tarikh: 25/2/2019 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Auditorium JMTI
Anjuran : Institut Teknikal Jepun Malaysia( JMTI) bersama Pembangunan Sumber Manusia Berhad ( MYHRDF)

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

Tajuk : Audit Pemantauan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Tarikh: 22/2/2019 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, JMTI
Anjuran : Jabatan Tenaga Manusia

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

Tajuk : Seminar Artificial Intelligence RPA For Business Processes
Tarikh: 21/2/2019 (Khamis)
Masa: 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat: Auditorium JMTI
Anjuran : Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer (TKK)

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com



 

 

21 Februari 2019, JMTI- Majlis Penutupan Program Latihan Negara Ketiga (TCTP) JMTI Tahun 2019 . Program ini dianjurkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Manusia dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA). Program ini melibatkan  5 orang pengajar TVET dari Negara Kemboja dibawah Program Latihan Negara Ketiga (TCTP). Penganjuran ini merupakan Program Antarabangsa ke 12 dilaksanakan oleh JMTI. Kursus “Pneumatics Control & Maintenance" telah berlangsung selama 2 minggu mulai daripada 11 hingga 23 Febuari 2019 merupakan salah satu program perkongsian kepakaran khususnya dalam bidang berasaskan IR4.0. JMTI berharap dengan perlaksanaan program latihan antarabangsa ini JMTI akan terus mengarus perdanakan program latihan TVET negara dan membawa JMTI ke persada dunia. Program yang sama turut ditawarkan kepada industri dan institusi lain yang berminat.

 

 Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

11 Februari 2019, JMTI-   JMTI Pulau Pinang telah menerima ketibaan 5 orang pengajar TVET dari Negara Kemboja dibawah Program Latihan Negara Ketiga (TCTP). Program ini dianjurkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Manusia dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA). Penganjuran ini merupakan Program Antarabangsa ke 12 dilaksanakan oleh JMTI. Kursus “Pneumatics Control & Maintenance" yang akan berlangsung selama 2 minggu mulai daripada 11 hingga 23 Febuari 2019 merupakan salah satu program perkongsian kepakaran khususnya dalam bidang berasaskan IR4.0. JMTI berharap dengan perlaksanaan program latihan antarabangsa ini JMTI akan terus mengarus perdanakan program latihan TVET negara dan membawa JMTI ke persada dunia. Program yang sama turut ditawarkan kepada industri dan institusi lain yang berminat.

 Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

 

 

 

Tajuk : Perhimpunan Bulanan Kakitangan JMTI bagi Bulan Februari 2019
Tarikh: 11/2/2019
Masa: 10 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Kuliah Utama
Anjuran : BPPL dan BPPA JMTI

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

7 Februari 2019, JMTI- Satu lawatan penanda aras oleh Politeknik Maalaysia ke JMTI telah diadakan pada jam 10 pagi hingga 2 petang. Lawatan telah diwakili oleh 8 orang pengurusan tertinggi mewakili 7 buah Politeknik. Antara yang hadir adalah Tuan Haji Dr Mohd Zahari bin Ismail Pengarah Politeknik Shah Alam, Dr Na’imah binti Md. Khalil Pengarah Poloteknik Sultan Azlan Shah, M (K) Mohd Noor bin Shahudin Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’azzam Shah, Yusma binti Yusof      Pengarah Politeknik Sultanah Bahiyah, En Abdul Malek bin Hasssan Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Rusmay bin Abdullah Wakil Pengarah Politeknik Balik Pulau, Mohd Affan bin Mohd Rosli Ketua Program Politeknik Balik Pulau dan Mohd Nasir bin Marzuki Wakil Pengarah Politeknik Seberang Perai. 

Agenda :

Rombongan telah disambut oleh Pengarah JMTI dan diberi penerangan berkaitan sejarah penubuhan JMTI dan hala tuju institut. Mereka juga diberi penerangan terperinci berkaitan program-program latihan yang dilaksanakan di JMTI. Kemudian rombongan dibawa melihat makmal dan bengkel-bengkel latihan yang terdapat di JMTI.

Peluang kolaborasi :

  • Pelaksanaan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi di Politeknik
  • Program PPT Kemahiran kepada Pensyarah Politeknik
  • Kursus Jangka Pendek kepada Pensyarah Politeknik
  • Kursus Modular JPK kepada pelajar politeknik
  • Program R&D bersama politeknik dan JMTI
  • Retrofikasi peralatan latihan ke IR 4.0

Perkara Baru:

Kelulusan khas pelaksanaan program Ijazah Sarjana Muda boleh diperolehi daripada Menteri Pendidikan Malaysia.

 

 Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

 

 

Tarikh : 29.1.2019
Masa : 2.00 ptg ~ 4.30 ptg
Lokasi : JMTI

 Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

 

Tajuk : Kempen Derma Darah
Tarikh: 24/1/2019
Masa: 9pagi-5ptg
Tempat: Lobi Utama JMTI
Penyertaan : Pelajar dan Kakitangan JMTI
Anjuran : JMTI

 

Tarikh: 15 Januari 2019

Masa: 9.30 pagi - 12.45 petang

Lokasi: JMTI

Untuk maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

Tajuk : Bengkel Penulisan & Pembentangan Efektif Siri 1
Tarikh: 10/1/2019
Masa: 9 pagi - 2 petang
Tempat: Pusat Sumber Tingkat 3

 Untuk maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

Penyertaan : 23 org penyelia projek tahun akhir drpd BTKE, BTKK, BTKP & BTKM
Anjuran : Penyelaras Projek Tahun Akhir JMTI
Tujuan : Memberi pendedahan penggunaan Microsoft Word dalam membuat heading, Table of content, citation & reference mengikut format yang ditetapkan serta membuat slide Powerpoint yg efektif.

 

 

 

Tarikh: 20 Disember 2018

Lokasi: Auditorium JMTI

Untuk maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

Kursus Train of Trainers 'Raspberry Pi' From Scratch Siri 2
Tarikh : 11-13 Disember 2018
Masa : 9.00 pagi - 5 Petang
Tempat : Makmal Komputer BPSM, JMTI.

 Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

 

Tarikh : 21 dan 22 November 2018
Masa : 8:30 pagi hingga 5:00 petang
Lokasi : JMTI, Pulau Pinang

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

 

Tarikh : 10.11.2018
Masa : 8:00 mlm
Lokasi : Dewan Kuliah Utama JMTI

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

Lokasi : Makmal MCS
Tarikh : 10-13.11.2018
Masa : 9:00 pagi ~ 5:00 petang

Maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

Tarikh Lawatan: 25 Oktober 2018

Lokasi: JMTI Pulau Pinang

 

Maklumat lanjut lawati  https://www.facebook.com

 

 

 

 

Tarikh: 23-24 Oktober 2018

Lokasi: Auditorium JMTI

Fasilitator: Mohd Rizal Hassan

Untuk maklumat lanjut lawati https://www.facebook.com

Tajuk Kursus : Kursus ToT Raspberry Pi From Scratch Siri 1

Tarikh: 15 - 17 Oktober 2018

Lokasi: Lab Komputer BPSM JMTI

Pengajar: En Rahman BIn Amirulah

 

 

 

 

JMTI, 8 Oktober 2019 - Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran dengan kerjasama Jabatan Industri 4.0 teleh menganjurkan Program AnimalBot Makeathon. Program tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula 7 oct 2018 sehingga 8 oct 2018 di ruang Lobi Institut Teknikal Jepun Malaysia, Bukit Minyak, Pulau Pinang. Program yang dianjurkan oleh para pelajar Diploma Lanjutan Semester 4 Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran berjaya menarik 23 kumpulan untuk menyertainya. Kumpulan dibentuk dari kalangan pelajar insititut dan pelajar sekolah berhampiran. Program yang bertemakan robot haiwan itu bertujuan untuk memupuk budaya kitar semula secara kreatif dikalangan pelajar dengan menggunapakai bahan terbuang untuk proses pembinaan robot tersebut. Peserta perlu menyiapkan robot haiwan masing-masing berdasarkan kepada kreativiti masing-masing dan robot tersebut akan digerakkan menggunapakai MicroController Arduino.

 

 

 

 

 

JMTI, 21 September 2018 - Satu Program kepimpinan pelajar dan khidmat komuniti oleh PEmbimbing Rakan Sebaya (PRS) JMTI telah diadakan di SMK Raja Lope Nor Rashid & Surau Parit Sungai Bawah Betul, Tanjung Piandang, Perak.
Seramai  40 orang JMTI Peer Facilitator Club (PFC) terlibat dalam program tersebut. Program ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran insaniah dan membina jaringan dgn komuniti setempat. Program ini telah dianjurkan oleh PFC JMTI dgn kerjasama PRS SMK Raja Lope . Aktiviti yg telah dilaksanakan ialah bengkel kepimpinan pengawas, taklimat kerjaya, gotong royong dan sumbangan kpd keluarga asnaf. majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah JMTI, TP HIKK bersama-sama dgn ketua kampung dan pentadbir sekolah. Terima kasih diucapkan kerana memberi sokongan terhdp program ini.

 

JMTI, 26 September 2018 - Satu Lawatan Penandaarasan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) bagi keperluan akreditasi Program Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) telah diadakan di JMTI. Lawatan diadakan dari jam 10.30 pagi sehingga jam 1.30 Petang. Seramai 15 pegawai dari POLIMAS telah hadir ke sesi penandaarasan tersebut. Objektif lawatan adalah untuk mengenalpasti keperluan-keperluan kelayakan untuk akreditasi MQA dan penerangan berkenaan Industri 4.0.

 

 

 

JMTI, 13 September 2018 - Majlis perasmian penutup Program Antarabangsa Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) dan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) telah diadakan di Auditorium JMTI dari jam 11 pagi hingga 1 petang. Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zaihan bin Shukri, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia. Turut hadir adalah Duta Negara Jepun, Mr. Orikasa (Deputy Head of Mission of Embassy of Japan) dan Mr. Hiromichi Sakai (Health, Labor & Welfare Attaché), Duta Indonesia Mr Agus Badrul Jamal, Wakil SUB (Dasar) KSM – Urusetia IMTGT, En Abdul Kahar Latif, Pengarah JPK Wilayah Utara En. Mohd Azmir Bin Ahmad, Pengarah JKKP Pulau Pinang, Ir.Mohd Rosdee Bin Yaacob, Pengarah PERKESO Pulau Pinang Tn.Hj Othman Bin Mohd Nordin, Pengarah JPP Pulau Pinang, Pengurus NIOSH Wilayah Utara, Pengerusi Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang, Pengarah ILP Perai dan Pen. Pengarah PTK Georgetown. Seramai 7 orang peserta dari negara Thailand dan Indonesia telah menyertai program IMT-GT. Manakala seramai 10 orang peserta yang terdiri dari negara Laos, Cambodia, Vietnam, Indon, Filifina dan Myanmar menyertai program MTCP Embedded System Technology. Bagi program  MTCP Pneumatic Control and Maintenance ianya disertai oleh 5 orang peserta dari negara Mauritius dan Myanmar. Program tersebut berlangsung pada 28 Ogos 2018 hingga 15 September 2018.

  

 

 

 

 

 

JMTI, 5 September 2018 - Seramai dua orang pelajar JMTI telah terpilih untuk menyertai Pertandingan Asean Skills Competition (ASC) 2018 yang telah diadakan di Bangkok, Thailand dalam bidang CNC Maintenance. Pertandingan ASC 2018 diadakan dari 26 Ogos 2018 hingga 5 September 2018. JMTI diwakili oleh pelajar dari Teknologi Kejuruteraan Mekatronik,Wan Muhammad Haziq bin Wan Kamarul Azmani dan pelajar dari Teknologi Kejuruteraan Pembuatan, Mohamad Abdiellah Bin Md Romli. Pelajar JMTI diiringi oleh pengajar TKP, Encik Fakharuddin Bin Mohd Yusof. Untuk kategori CNC Maintenance, sebanyak empat buah negara terlibat iaitu Vietnam, Thailand, Singapura dan Malaysia. Pelajar JMTI hanya berjaya meraih sijil penyertaan sahaja, walaupun tidak berjaya syabas diucapkan kepada mereka semua. Semoga berjaya di masa akan datang.

   

 

 

 

JMTI, 26 September 2018 - Satu program antarabangsa telah diadakan di JMTI iaitu program Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) dan Indonesia Malaysia Thailand Growth Triangle (IMT-GT). Seramai 7 orang peserta dari negara Thailand dan Indonesia telah menyertai program IMT-GT. Manakala seramai 10 orang peserta yang terdiri dari negara Laos, Cambodia, Vietnam, Indon, Filifina dan Myanmar menyertai program MTCP Embedded System Technology. Bagi program  MTCP Pneumatic Control and Maintenance ianya disertai oleh 5 orang peserta dari negara Mauritius dan Myanmar. Program tersebut berlangsung pada 28 Ogos 2018 hingga 15 September 2018.

 

 

 

JMTI, 28 Ogos 2018- Majlis penyerahan bendera dan baju kepada peserta dan jurulatih ASC dan WSMB diadakan di lobi JMTI pada jam 10.00 pagi. Majlis disempurnakan oleh TP(L) JMTI, Pn Junnaina HusiN Chua. Asean Skills Competition diwakili oleh pelajar Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dalam bidang CNC Maintenance. Manakala pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) diwakili oleh pelajar Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik dalam Bidang Mechatronics  dan Teknologi Kejuruteraan Komputer dalam bidang IT Software Solution for Business.  ASC akan diadakan di Bangkok, Thailand manakala WSMB akan diadakan di CIAST, Shah Alam. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar JMTI.

JMTI, 31 JULAI 2018 -  Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia tahun 2018 telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) Putrajaya. Semua pelajar yang terlibat adalah dari ILP, JMTI dan ADTEC seluruh Malaysia. Majlis Konvokesyen selama dua hari tersebut telah diadakan pada tarikh 30-31 Julai 2018.

 

 

JMTI, 29 Julai 2018- Satu Pertandingan Combat Robot Tournament 2018 telah dianjurkan oleh IKTBN Bukit Mertajam pada 28 & 29 Julai 2018. JMTI Warbot A berjaya meraih sebagai Johan kategori Royal Rumble. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team Robot JMTI.

 

 



JMTI, 21 Julai 2018- Seramai 34 orang Ahli-ahli Kelab Kebudayaan Jepun dan Kelab Kebudayaan JMTI diiringi pengajar Jabatan Pengajian Am En. Shaiful Bin Bahari telah menyertai aktiviti Bon Odori 2018 yang telah diadakan di Esplanade Pulau Pinang. Program tersebut telah dianjurkan oleh Konsulat Jepun Pulau Pinang yang berlansung dari jam 6.00 pm hingga 10.30 pm. Bon Odori adalah sejenis tarian Festival Bon dimana ianya adalah perayaan Buddha Jepun yang meraikan roh nenek moyang.

 

 

JMTI, 12 Julai 2018- Satu Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat JMTI telah diadakan. Sambutan besar-besaran ini melibatkan semua kakitangan dan pelajar JMTI, serta jemputan untuk wakil-wakil industri dan ILJTM yang berdekatan. Selain itu, turut dipertandingkan adalah booth raya terbaik. Booth raya terbaik dimenangi oleh Jabatan Teknologi Komputer dengan tema 'Arabian Night'. Pelbagai juadah telah disediakan dan disaji kepada pengunjung yang hadir. Sambutan turut dimeriahkan dengan dendangan lagu Raya oleh wakil MPP. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

 

 

 

 

JMTI,11 Julai 2018 - Satu seminar Technology update bertajuk 'Automation in Smart Manufacturing System, Enhanced by Data Security' telah dianjurkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI). Seramai 42 orang wakil dari ILJTM, 66 orang dari IPTA/ILKA/ILKS, 112 orang wakil JMTI, dan 62 orang wakil industri telah menyertai seminar tersebut. Sesi perkongsian Technology Update oleh industri telah diberikan oleh 4 buah Syarikat iaitu Syarikat OMRON-Smart Manufacturing Challenges in Production, Syarikat TEKMARK - Smartest IR4.0 Solution for TVET, Syarikat SMC - Smart Factory Training System, Syarikat SciTech-Industry 4.0 in Education. Selain itu, sesi taklimat perkongsian perlaksanaan IR4.0 di JMTI telah diberikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan JMTI iaitu Puan Junnaina Bt Husin Chua kepada semua peserta yang hadir. Seminar ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan teknologi yang digunapakai pada masa sekarang iaitu Teknologi Revolusi Industri 4.0.

 

 

 

28 Jun 2018 - Satu program temuduga terbuka telah diadakan di JMTI. Seramai 32 buah syarikat turut serta dalam menjayakan program tersebut. Program tersebut diadakan di Lobi Utama JMTI bermula jam 9.00 am hingga 4.00 pm. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu semua pelajar lepasan bidang teknikal/TVET negeri Pulau Pinang yang mencari pekerjaan segera dan belia Pulau Pinang yang menganggur dan tidak mempunyai peluang dan kelayakan akademik yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan dalam agenda mentransformasi belia luar bandar. Program Temuduga terbuka ini menawarkan kekosongan jawatan sebanyak 2736 kekosongan jawatan terutama dalam bidang teknikal.

Berbanding dengan penganjuran temuduga terbuka sebelum ini, penganjuran kali ini juga turut meraikan sambutan 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Jepun dan juga penubuhan 20 tahun JMTI. Sehubungan dengan itu, perasmian penutup telah  dirasmikan oleh Shinichiro Kanoya, Konsulat Jeneral Jepun di Pulau Pinang. JMTI merupakan hasil kejayaan Dasar Padang Ke Timur yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mathathir Mohamad pada tahun 1993 dan memulakan operasinya pada 1998. Diawal penubuhannya, JMTI menawarkan program peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan dalam bidang mekatronik, komputer, pembuatan dan elektronik. Pada tahun 2006, program Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan telah diperkenalkan. Temuduga Terbuka ini diadakan sebanyak 2 kali setahun di JMTI. 

 

 

 28 Jun 2018 - Satu program temuduga terbuka telah diadakan di JMTI. Seramai 32 buah syarikat turut serta dalam menjayakan program tersebut. Program tersebut diadakan di Lobi Utama JMTI bermula jam 9.00 am hingga 4.00 pm. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu semua pelajar lepasan bidang teknikal/TVET negeri Pulau Pinang yang mencari pekerjaan segera dan belia Pulau Pinang yang menganggur dan tidak mempunyai peluang dan kelayakan akademik yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan dalam agenda mentransformasi belia luar bandar.

 

JMTI, 22 Mei 2018 - Satu cabaran Tandas Terbaik EKSA 2018 peringkat JMTI telah diadakan mulai 7 Mei 2018 dan berakhir pada 21 Mei 2018. Cabaran ini telah dicetuskan oleh Pengarah JMTI dan beliau memberi tempoh selama 15 hari sahaja untuk pelaksanaan cabaran tersebut.

Skema pemarkahan bagi Tandas Terbaik JMTI 2018 ini terdiri daripada beberapa kriteria iaitu:-
1. Persekitaran tandas bersih dan kering
2. Bau tandas adalah menyenangkan
3. Peralatan tandas berfungsi dengan baik
4. Melaksanakan Program Hijau
5. Kreativiti dan Inovasi
6. Kerjasama Kumpulan
7. Tindakan transformasi

8. WOW FACTOR- Sangat mengagumkan dan menggambarkan apa yang dilakukan adalah melangkah dan di luar jangkaan pelanggan dalam menghasilkan pengalaman perkhidmatan yang hebat.

Sesi penilaian telah diketuai oleh Pengarah JMTI pada 22 Mei 2018 dan keputusannya adalah seperti berikut :-

1. Best of the best = TKK
2. Best Tranformation = TKP
3. Best Team Effort = TKM
4. Special Awards
5. BKP GF = Japanese theme
6. TKE = Innovation
7. Asrama G Perempuan = Carmouflage
8. BKKL = Calming
9. BKP L5 = Creative
10. Asrama Lelaki E = Fantastic mural

             

  

JMTI - Khamis, Pada 26 April 2018 delegasi JMTI seramai 32 orang yang terdiri daripada JK Induk EKSA dan wakil-wakil setiap zon telah mengadakan lawatan ke ILP KL untuk program penandaarasan EKSA.  Rombongan tiba ke destinasi pada jam 11.30pagi dan telah disambut oleh JK Induk EKSA ILPKL yang dimulakan dengan sesi bergambar. Selepas itu,  rombongan dibawa ke Bilik Seminar untuk sesi taklimat dan perbincangan.  Program berhenti rehat pada jam 1.00 petang dan diteruskan pula dengan sesi lawatan ke zon-zon berkaitan. Dalam sesi taklimat dan perbincangan, pihak JMTI telah diterangkan tentang kaedah pelaksanaan EKSA yang diamalkan di ILPKL serta perkongsian audit dalaman yang dilaksanakan di sana. Semasa sesi lawatan, ahli rombongan telah melawat persekitaran ILPKL untuk mendapatkan idea dan amalan baik yang telah dijalankan. Program tamat pada jam 4.00 petang dan diakhiri dengan sesi penyerahan cenderamata dari kedua-dua pihak.

 

 

 

 

 

                                                                                              KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN BOLA TAMPAR WANITA  KAKITANGAN ILJTM MALAYSIA

                TAIPING , 13 APRIL 2018 ( JUMAAT ) -  Kejohanan bola sepak dan bola tampar wanita kakitangan ILJTM telah diadakan di Adtec Taiping . Acara sukan telah berlangsung selama 3 hari bermula 13 hingga 15 April 2018. Sebanyak 9 institut yang terlibat dalam sukan kali ini yang terdiri daripada Adtec Taiping, Adtec Kulim , Ilp Jitra , JMTI, ILP Pedas , ADTEC Melaka , ILP Nibong Tebal , ILP Tangkak , dan ILP Ipoh. Majlis telah dirasmikan oleh tuan pengarah Adtec Taiping iaitu IR Halim Azhar bin Hj. Mohd Yatim . Pasukan bola sepak JMTI hanya layak ke separuh akhir  manakala pasukan bola tampar wanita telah mendapat tempat  ketiga dalam kejohanan bola tampar. Syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan. Majulah sukan untuk JMTI !

       GET FIT FOR LIFE #FITMALAYSIA #FITPENANG

         Permatang Pauh,  7 APRIL 2018 ( SABTU ) – Kementerian Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan JOM FIT bersama YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan bertempat di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh. Pihak Jmti juga tidak ketinggalan untuk menghantar peserta seramai 85 orang termasuk pelajar dan kakitangan ke acara tersebut. Pelbagai acara dijalankan seperti FITRIDE kategori 10 dan 30km, FITRUN kategori 5 dan 10 km , senamrobik, pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

 

JMTI, 11 Mac 2018 - Seramai 10 orang kakitangan dan 10 orang pelajar JMTI telah menyertai Program 'I LOVE PENANG RUN' 2018 yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri bersama-sama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Program tersebut telah berlangsung pada 11 Mac di Dataran Pemuda Merdeka dekat Bagan Luar, Butterworth bermula jam 7.30 pagi dengan jarak sejauh enam kilometer (km). Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

 

 

JMTI, 26 Feb. 2018 - Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 telah menganjurkan Minggu Sukan JMTI 2018 yang bermula dari 26 Feb hingga 2 Mac 2018.  Aktiviti sukan ini dibuka kepada staf dan para pelajar. Antara acara yang dipertandingkan adalah  Catur, Futsal, Memanah, Petanque dan Bola Tampar. Acara sukan ini  dikendalikan sepenuhnya oleh MPP  dan dibantu oleh  BPPL dan Unit Sukan JMTI.

JMTI , 21 FEBRUARI 2018 ( RABU ) -  JMTI dengan kerjasama Hospital Seberang Jaya telah  menganjurkan program derma darah bagi membantu meningkatkan bekalan darah di hospital tersebut. Program ini bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir jam 4 petang bertempat di LOBI JMTI.    Seramai 75 orang telah berjaya menderma darah yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar JMTI. Manakala seramai 30 orang gagal untuk menderma darah atas skesihatan .  Sekalung tahniah untuk para penderma darah . Setitis darah amat bermakna !

 

 

 

 

 

 

JMTI , 21 FEBRUARI 2018 ( RABU ) – Minebeamistumi Sdn.Bhd yang merupakan syarikat Jepun yang beroperasi di Sungai Petani mengadakan lawatan penandaarasan Projek IR4.0 dI JMTI. Produk utama syarikat ini adalah DC motor yang mempunyai pasaran global dan di dalam negara.

       Signifikasi lawatan ini adalah untuk melihat projek - projek IR4.0 di JMTI  dan menambah pengetahuan dalam kaedah pembangunan yang dilaksanakan.  Syarikat juga berminat untuk berkerjasama dengan pelajar- pelajar  JMTI untuk membangunkan final project mereka. Selamat datang kami ucapkan. Irasshaimase !

 

 

Georgetown , 3 Februari 2018 – Satu program Mobile Transformation Centre ( CTC ) peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Balik Pulau . Program ini telah dirasmikan oeh YB Dato’ Dr. Haji bin Haji Yahaya , Timbalan Menteri Kesihatan Merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau. Pameran pendidikan ini disertai oleh JMTI , ILP Prai dan  Nibong Tebal  bagi mempromosi tempat institusi masing- masing. Selain itu , pelbagai pihak terutamanya dari agensi kerajaan turut terlibat didalam program tersebut. Program ini berlansung dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Pelbagai acara diadakan seperti  senamrobik, pertandingan paintball terbuka , pertandingan tarik tali dan lain - lain lagi

 

JMTI, 4 Februari 2018 - Institut Teknikal Jepun telah menyertai program Hari Kerjaya My Future PLKN di Kem Syruz. Seramai 210 wira PLKN telah diberikan taklimat oleh Pegawai CESS JMTI berkenaan program yang ditawarkan. Program tersebut telah dirasmikan oleh Komander Kem Syruz iaitu Mejar Hidayati. Program berlansung dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari.

 

 

 

 JMTI, 1 Februari 2018- Institut Teknikal Jepun Malaysia telah mengadakan lawatan ke Perda-Tech bagi tujuan mendapatkan maklumat program persijilan profesional CISCO. Lawatan yang diwakili oleh wakil Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer (TKK) dan Unit CESS bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Pn Nor Paezah Pengajar Master Trainer CISCO Perda-Tech memberi penerangan bagi program tersebut. Perda-Tech telah mendapat penarafan sebagai tempat melatih pengajar dan pelajar bagi program persijilan CISCO IT Enssential. Perancangan kerjasama ini dapat meningkatkan pengiktirafan pengajar JMTI dan juga pelajar JMTI dengan program CISCO.

 

 

  

 

JMTI, 12 JANUARI 2018 (JUMAAT) -  YBhg Datuk Muhd Khair Razman Bin Mohamed Annuar, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, JTM telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI). Turut hadir bersama adalah adalah Encik Mat Setia Bin Mohd Raji, Pengarah Pembangunan Kemahiran JTM dan Dr Azmir Bin Mohd Yunus, Pengarah Kawalan Teknikal JTM. Rombongan JTM telah tiba di JMTI pada jam 9 pagi dan terus dibawa ke Auditorium untuk mendengar taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengurusan Latihan JMTI, Puan Junnaina Binti Husin Chua. YBhg Datuk KP juga telah menyampaikan taklimat dan perkongsian ilmu beliau kepada semua kakitangan JMTI. 

Fokus utama lawatan kerja tersebut adalah untuk melihat Projek Revolusi Industri 4.0 yang sedang dibangunkan di JMTI. Selesai taklimat, YBhg Datuk KP telah dibawa untuk melawat Projek-projek IR 4.0 yang sedang dibangunkan oleh 4 Jabatan di JMTI. Antara Projek yang telah dilawati adalah Projek 'IOT & Augmented Reality' (AR) Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (TKE), Projek 'Smart Flexible Manufacturing System' Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (TKM), Projek 'PC Condensation Prediction System' Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer (TKK) dan Projek 'Smart Manufacturing System' Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (TKP). Daripada lawatan dan perkongsian maklumat ini, secara tidak langsung dapat mendedahkan Teknologi IR 4.0 yang sedang dibangunkan oleh JMTI kepada ILJTM yang lain.

Terima Kasih Ybhg Datuk KP dan wakil JTM kerana sudi membuat lawatan kerja ke JMTI.

 

Sedikit perkongsian berkenaan Revolusi Industri 4.0.

REVOLUSI Perindustrian Keempat (Industri 4.0) melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing. Sebelum ini revolusi perindustrian pertama bergantung kepada penggunaan mesin berkuasa wap. Revolusi perindustrian kedua pula melibatkan kuasa elektrik. Di­ikuti revolusi perindustrian ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya. Bagaimanapun, Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi, Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal meran­cakkan kemajuan landskap dunia moden. Revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi. Dengan kata lain, teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan. Jadi, sekiranya cabaran teknologi baharu yang kompleks itu tidak diberi penekanan sewajarnya, ia boleh menyebabkan Malaysia jauh ketinggalan dalam persaingan di peringkat global. Sudah tiba masanya sistem pendidikan tinggi di seluruh negara termasuk ILJTM untuk melakukan perubahan kepada Revolusi Industri 4.0.

JMTI, 7 OKTOBER 2017 (SABTU) - Majlis Nostalgia 20 Tahun JMTI telah diadakan pada 7 Oktober 2017 di Auditorium JMTI bermula Jam 8 malam sehingga 11 malam di Auditorium JMTI. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Alumni JMTI.

Berikut adalah kronologi sejarah penubuhan JMTI:
18 MAC 1993: Cadangan membina JMTI oleh EPU Jabatan Perdana Menteri.
JULAI 1993: Kerajaan Malaysia meminta kerjasama Kerajaan Jepun untuk menubuhkan JMTi
APRIL 1994: 4 orang dari Kumpulan "Japanese Basic Survey Team on JMTI Project" telah melawat ke Malaysia.
JUN 1994: Kerajaan Malaysia meminta khidmat Pakar Jangka Pendek JICA
OGOS 1994: PM Jepun melawat Malaysia. Salah satu daripada agendanya ialah untuk membincangkan tentang penubuhan JMTI.
FEBRUARI 1995: 2 orang pakar sumber manusia dari Jepun iaitu En. Shoji Shiga dan En. Hideyo Shimazu telah dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji keperluan penubuhan JMTI.
SEPTEMBER 1995: Lawatan ke Malaysia oleh "Japanese Preliminary Survey Mission Team" yang terdiri daripada 9 anggota dan diketuai oleh En. Shioji.
JUN 1996: 7 anggota daripada Japanese Specialist Survey Mission Team yang diketuai oleh En.Masaharu Tanaka telah melawat ke Malaysia untuk kali yang ke-dua.
7 OKTOBER 1997: 7 Majlis tandatangan MOU antara JICA mewakili kerajaan Jepun dan JTR mewakili kerajaan Malaysia
JANUARI 1998: Kerjasama teknikal antara negara Jepun dan Malaysia telah bermula secara rasmi.
JULAI 1998: Seramai 46 orang pelajar telah mendaftar di JMTI yang terdiri daripada pelatih ILP dan pelajar lepasan SPM/SPMV. Mereka telah mengikuti bidang TKE &TKK.
JANUARI 1999: Pendaftaran pelatih baru dalam bidang TKE dan TKK. Mereka terdiri daripada pelajar lepasan SPM/SPMV sahaja.
JULAI 1999: Pendaftaran pelatih baru dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik (TKE), Teknologi Kejuruteraan Komputer (TKK), Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (TKM) dan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (TKP). Technical Advisory Committee (TAC) ditubuhkan untuk mengkaji semula program-program Diploma Teknologi bagi memenuhi keperluan industri Malaysia.
JANUARI 2000: Kakitangan JMTI berpindah ke Pulau Pinang. JMTI memulakan operasi di kampus tetap.
SEPTEMBER 2001: Majlis Konvokesyen yang pertama diadakan di JMTI. Seramai 25 orang pelajar berjaya menerima Diploma Kemahiran Teknologi bersama Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer.

 

 

 

 

 

 

 

JMTI, 5 OKTOBER 2017 (KHAMIS) - Satu Program Antarabangsa iaitu Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) Bidang Teknologi Komputer telah diadakan di JMTI dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri Malaysia (KLN). Program yang berlangsung 18 hari tersebut bermula pada 18 September 2017 sehingga 5 Oktober 2017. Seramai 10 orang peserta dari 7 buah negara Asia telah menyertai program tersebut antaranya negara Cambodia, Vietnam, Filifina, Bangladesh, Maurituis, Maldives dan Sri Lanka. Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Malaysia ke arah mempromosikan kerjasama teknikal di kalangan negara-negara membangun, pengukuhan kerjasama serantau dan sub-serantau, serta memupuk kemandirian kolektif di kalangan negara-negara membangun. Majlis penutup telah diadakan pada 5 Oktober 2017 dimana ianya telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JTM YBHG. Dato' Sri Nadzri Bin Siron serta dihadiri wakil MTCP.

Terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan program MTCP 2017.

 

 

 

 Maklumat lanjut mengenai program MTCP boleh rujuk di laman web MTCP  http://mtcp.kln.gov.my/about-mtcp

 

 

 

JMTI, 28 SEPTEMBER 2017 (KHAMIS) - Pertandingan TVET Malaysia Robot Competition 2017 telah berlangsung di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam, Selangor pada 25 hingga 27 September 2017 bersempena pelancaran TVET Malaysia yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.

JMTI menyertai kedua-dua kategori yang dipertandingkan, menghantar 2 pasukan bagi kategori Roborumblez 8kg dan 3 pasukan bagi kategori Autonomous Sumo Robot 3kg.

Pasukan JMTI Warbot A berjaya meraih gelaran Naib Juara Roborumblez 8kg manakala pasukan JMTI Sumobot B memenangi tempat ke-3 Autonomous Sumo Robot.

Keputusan penuh bagi pertandingan yang telah disertai oleh sejumlah 62 pasukan dari pelbagai institusi TVET dan agensi swasta adalah seperti berikut:

*Keputusan TVET Malaysia Robot Competition 2017*

Kategori Roborumblez
Johan : Intrip B (ILP Perai)
N.Johan:JMTI Warbot A (JMTI)
Ke 3. : PRCT 2 (IKTBN Pagoh)
Ke 4. : Lion Rumblez 1(ILP Mersing)
Royal Rumblez : Scorponole Alpha (Rumitech Global Ent)

Kategori Autonomous Sumo Robot
Johan. : Scorp RS1 (ILP P.Gudang)
N.Johan: Simisumo (DH Robotics & Automation)
Ke 3 : JMTI Sumobot B (JMTI)
Ke 4 : Jebat Auto 2(ILP B.Katil)

Best teamwork: Dragon (Bandung, Indonesia)

Ke-3 - ILP Kepala Batas

  

 

 

 

JMTI, 12 NOVEMBER 2017 (AHAD) - Pasukan Danebot dari Japan Malaysia Technical Institute (JMTI) berjaya menjadi Johan Sumo Robot Challenge bersempena Penang International Science Fair (PISF) 2017 yang berlangsung di SPICE Arena Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 12 November 2017.

Berdepan saingan daripada lebih 30 buah pasukan yang mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, sekolah-sekolah dan agensi dari seluruh tanah air, pasukan Danebot dari JMTI menundukkan lawan di setiap pusingan sebelum mara ke perlawanan akhir dan berjaya menewaskan lawan dari ILP Kepala Batas untuk muncul juara.

Selain dua lagi pasukan sumo robot dari JMTI, pertandingan ini turut disertai oleh pasukan-pasukan dari Universiti Sains Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Politeknik Seberang Perai, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas & Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Robot JMTI.

Keputusan Penuh:
Johan - JMTI
Naib Johan - ILP Kepala Batas
Ke-3 - ILP Kepala Batas

 

 

 

\

 

 

 

 

 

 

JMTI, 8 SEPTEMBER 2017 (JUMAAT) -  Kejohanan Bola Tampar Campuran Piala Persekutuan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2017 telah diadakan pada 6 hingga 7 September 2017 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang. Team Bola Tampar JMTI  telah  berjaya memenangi pingat gangsa dalam kejohanan tersebut yang melibatkan 9 pasukan. Kejohanan tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat Pembangunan Persukutuan Pulau Pinang (ICU).

 

Syabas kepada Team Bola Tampar JMTI.

 

 

 

JMTI, 24 ogos 2017 (KHAMIS) - Konvokesyen ILJTM peringkat zon Utara kali ini diadakan di Dewan Mutiara Bertam, ILP Kepala Batas yang melibatkan ILJTM Pulau Pinang (JMTI, ILP Kepala Batas, ILP Perai, ILP A.Pillai) dan ILJTM Perlis (ILP Kangar). Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan pelajar yang telah menamatkan latihan di JMTI. 

 

 

 

JMTI, 21 Ogos 2017 (ISNIN) - Wakil dari Syarikat Kilang Punch Industry Prai telah datang untuk mengadakan sesi lawatan di Jabatan Teknologi Pembuatan yang mana ianya dihadiri oleh empat orang wakil pihak industri. Wakil JMTi diketuai En Yusry Bin Mohd Rahim selaku Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan beserta Senior Volunteer JMTI Mr. Fujimori turut serta dalam sesi lawatan tersebut. Lawatan ini bertujuan sebagai kerjasama industri untuk keperluan latihan dan pengambilan pelajar JMTI bekerja di syarikat tersebut. Semoga lawatan ini akan memberi impak yang positif kepada JMTI dan pihak industri.

 

 

JMTI Raih Gangsa Kategori Autonomous Sumo 3 kg di National Robot Challenge 2017

JMTI, 15 Ogos 2017 - Team Robot JMTI berjaya memenangi pingat gangsa bagi kategori Autonomous Sumo 3 kg di National Robot Challenge 2017 yang berlangsung di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam. Daripada 4 buah robot yang dipertandingkan, dua buah robot berjaya pada perlawanan pertama dan layak untuk bertanding ke peringkat seterusnya. Team Robot JMTI berjaya membawa pulang piala dan hadiah cek bernilai RM500. Jurulatih Team Robot JMTI adalah terdiri daripada 5 orang staf iaitu En. Mohd Hafiz, En Mohd Nazri, En.Mohd Najib, En. Fakaruddin dan En. Mohd Rizal. JMTI diwakili seramai 12 orang pelajar dan Kumpulan yang berjaya meraih pingat gangsa diketuai oleh Danial bin sudirman bersama ahli kumpulan iaitu Izzat Bin Sujan dan Nur Haziq Fikri Bin Jasman dari Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik dan Pembuatan. 

Syabas kepada Team Robot JMTI, Kejayaan dijulang untuk dipertahankan lagi di masa hadapan.

 

 

 

 

 

JMTI, 15 ogos 2017 (SELASA) - Pada hari ini telah berlansungnya lawatan sambil belajar pelajar JMTI ke Kilang Cheung Woh Technologies, Seberang Prai Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar JMTI terhadap suasana alam pekerjaan sebenar.

 

 

 

JMTI, 31 Julai 2017 (ISNIN) - Satu Lawatan penanda arasan ke Malaysian-Japan International Institute of Technology telah diadakan oleh pihak pengurusan JMTI. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah JMTI En Zaihan Bin Shukri bermula pada jam 11 pagi bertempat di MJIIT. Tujuan lawatan ini diadakan untuk melihat kemudahan pembelajaran Industri 4.0 yang telah ada dan dijalankan oleh MJIIT.

 

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Khamis 02 September 2021.
2154 Jumlah Pelawat