DIPLOMA LANJUTAN TEKNOLOGI PEMBUATAN (R14)

PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini direka untuk melengkapkan pelajar agar dapat merangkumi tema sistem perindustrian, sistem perkilangan, proses pembuatan, reka bentuk dan kemahiran profesional untuk membolehkan pelajar bertindak balas terhadap cabaran dalam industri pembuatan dalam konteks global. Di samping itu, pelajar akan berupaya menggunakan prinsip dan teknik terkini pendekatan reka bentuk sistem pembuatan, untuk membangunkan pengetahuan kejuruteraan dan kemahiran serta kualiti intelektual, kreatif dan peribadi yang diperlukan serta menerapkan teknologi baru yang berkaitan dengan sistem pembuatan. Gabungan kemahiran teknikal dan profesional mereka membolehkan graduan mengembangkan karier mereka dalam pelbagai peranan dalam organisasi pembuatan, serta dalam bidang industri dan sektor perkhidmatan yang lebih luas.

 

TEMPOH LATIHAN

1 tahun 6 bulan (2 semester latihan 1 semester latihan industri)

 

KELAYAKAN MASUK:

  1. Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.
  2. Memiliki DIPLOMA dari JMTi atau Diploma Teknologi atau Diploma Lain yang setaraf dengannya, DAN
  3. memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang berkaitan. (MC-050-4:2012 – Coordinator Manufacturing CAD/CAM)) atau (MC-050-04 – Executive Manufacturing (CAD/CAM).

 

PERSIJILAN

  1. Diploma Lanjutan Teknologi Pembuatan ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).- Pengiktirafan JPA
  2. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 MC-050-5:2012 Management Manufacturing ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

 

STRUKTUR PROGRAM:

Bagi peringkat diploma lanjutan, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 50% latihan amali dan 50% pengajaran teori.

Semester 1

  • Production Planning
  • Product Process Validation
  • Management of Campany's Policies
  • Manufacturing Costing
  • Final Year Project I
  • Research Methodology
  • Japanese Communication
  • NCS Core Ability 5

Semester 2

  • Manufacturing Product Validation
  • Staff Management
  • Budget Management
  • Final Year Project II
  • Industrial IoT
  • English Communication
  • Kenegaraan

Semester 3

  • Industrial Training (6 months)

 

 

KEMUDAHAN MAKMAL:

  • Makmal CAD/CAM
  • Makmal Simulation A
  • Makmal Metrology
  • Bengkel Konvensional
  • Makmal Testing & Heat Treatment
  • Bengkel FMS / Bengkel CNC

 

PELUANG KERJAYA:

Graduan Diploma Lanjutan dalam Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Sistem) yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang teknologi system pembuatan, digabungkan dengan asas yang kukuh dalam prinsip akan membolehkan graduan menjawat jawatan-jawatan seperti berikut:

  • Manufacturing Engineer (CAD/CAM)
  • Process Engineer
  • Tooling Engineer
  • Production Engineer
  • Product Design Engineer
  • QA Engineer
  • Operation Manufacturing Manager

 

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

PROGRAM SEPENUH MASA

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Khamis 02 September 2021.
2191 Jumlah Pelawat