Diploma Lanjutan Teknologi Elektronik (R13)

PENGENALAN PROGRAM:
Program ini merupakan lanjutan pengajian yang menggabungkan pengalaman praktikal dengan aplikasi elektronik yang dibina di atas asas pengetahuan teori yang kuat. Pelajar akan berketrampilan untuk menguji, memasang, dan menyelenggara peralatan dan sistem elektronik, mengurus risiko, menganggarkan dan menguruskan projek, dan memberikan nasihat teknikal.
Pelajar juga akan mendapat kemahiran dalam merekabentuk sistem kawalan elektronik, pengaturcaraan dan antaramuka mikropengawal, pengujian dan pentauliahan sistem elektronik analog dan digital, pengaturcaraan grafik dan melaksanakan simulasi menggunakan pelbagai pakej perisian kejuruteraan.

 

TEMPOH LATIHAN:

1 tahun 6 bulan (2 semester pengajian, 1 semester latihan industri)

 

KELAYAKAN AKADEMIK:
Memiliki Diploma Teknologi JTM dalam bidang Elektronik ATAU Diploma Teknologi atau Diploma lain yang setaraf dengannya atau (SYARAT WAJIB) memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang EE-021-4:2012 Pembangunan Produk Elektronik

 

PERSIJILAN
1. Diploma Lanjutan Teknologi Elektonik ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
2. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 EE-021-5:2012 Electronic Product Design & Management ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 

STRUKTUR PROGRAM

Kurikulum Diploma Lanjutan Teknologi Elektronik memberi tumpuan kepada teori khusus, amalan khusus dan pengurusan kejuruteraan termasuk kursus tambah nilai Bahasa Jepun (Komunikasi). Bidang-bidang pengajian seperti di bawah:

Semester 1

  • Electronic Product Development
  • Electronic Product Design
  • Embedded Systems Technology
  • Final Year Project I
  • Research Methodology
  • Japanese Communication
  • NCS Core Ability 5

Semester 2

  • Embedded Systems Design
  • Quality Management
  • Operation Management
  • Final Year Project II
  • Industrial IoT
  • English Communication
  • Kenegaraan

Semester 3

  • Industrial Training (6 months)

 

KEMUDAHAN MAKMAL:

  • PLD Lab
  • Telecom & PBX Training Lab
  • Makmal Analog
  • Makmal Power Electronic
  • Electrical Workshop
  • Makmal Digital
  • Makmal Troubleshooting
  • Makmal PCB Fabrication
  • Bilik PCB
  • Dark Room PCB
  • Drilling Room
  • Makmal Electronic Design Assistance (EDA)
  • Makmal AMS
  • Makmal Simulation
  • Makmal Microcomputer


 

PELUANG KERJAYA:

Graduan-graduan yang telah menamatkan pengajian di dalam program ini dengan jayanya berpeluang untuk bekerja di dalam pelbagai bidang atau industri seperti pembuatan elektronik, perkhidmatan dan peralatan elektronik, sistem sekuriti, perunding jualan peralatan elektronik, pentadbiran dan penambahbaikan sistem dan kemudahan elektronik di dalam perusahaan kecil, sederhana atau besar.

 

PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

PROGRAM SEPENUH MASA

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Khamis 02 September 2021.
2206 Jumlah Pelawat