Kursus Asas Latihan FMS IR4.0

Kursus ini telah dihadiri oleh 6 orang pengajar Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan 4 orang pengajar dari Teknologi Kejuruteraan Mekatronik. Kursus ini telah dilaksanakan secara atas talian (online). Antara matlamat utama kursus ini adalah :

  • Mempersiapkan tenaga pengajar untuk memahami asas pengendalian PLC yang memenuhi standard IR4.0.
  • Mempelajari jenis controller yang digunakan dalam sistem FMS serta kaedah “Continuous Sequence dan Control Sequence”.
  • Asas pembangunan perkakasan kit latihan (Training Kit).
  • Memahami konsep asas pengaturcaraan bagi memastikan keperluan sesuatu tugasan untuk tujuan penambahbaikan serta mempraktikan mini projek FMS secara praktikal

 

 

Kursus seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk peringkat yang lebih tinggi dan akan dibuka kepada lebih ramai tenaga pengajar ILJTM.

 

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Selasa 05 Oktober 2021.
25948 Jumlah Pelawat