Majlis Nostalgia 20 Tahun Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)

JMTI, 7 OKTOBER 2017 (SABTU) - Majlis Nostalgia 20 Tahun JMTI telah diadakan pada 7 Oktober 2017 di Auditorium JMTI bermula Jam 8 malam sehingga 11 malam di Auditorium JMTI. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Alumni JMTI.

Berikut adalah kronologi sejarah penubuhan JMTI:
18 MAC 1993: Cadangan membina JMTI oleh EPU Jabatan Perdana Menteri.
JULAI 1993: Kerajaan Malaysia meminta kerjasama Kerajaan Jepun untuk menubuhkan JMTi
APRIL 1994: 4 orang dari Kumpulan "Japanese Basic Survey Team on JMTI Project" telah melawat ke Malaysia.
JUN 1994: Kerajaan Malaysia meminta khidmat Pakar Jangka Pendek JICA
OGOS 1994: PM Jepun melawat Malaysia. Salah satu daripada agendanya ialah untuk membincangkan tentang penubuhan JMTI.
FEBRUARI 1995: 2 orang pakar sumber manusia dari Jepun iaitu En. Shoji Shiga dan En. Hideyo Shimazu telah dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji keperluan penubuhan JMTI.
SEPTEMBER 1995: Lawatan ke Malaysia oleh "Japanese Preliminary Survey Mission Team" yang terdiri daripada 9 anggota dan diketuai oleh En. Shioji.
JUN 1996: 7 anggota daripada Japanese Specialist Survey Mission Team yang diketuai oleh En.Masaharu Tanaka telah melawat ke Malaysia untuk kali yang ke-dua.
7 OKTOBER 1997: 7 Majlis tandatangan MOU antara JICA mewakili kerajaan Jepun dan JTR mewakili kerajaan Malaysia
JANUARI 1998: Kerjasama teknikal antara negara Jepun dan Malaysia telah bermula secara rasmi.
JULAI 1998: Seramai 46 orang pelajar telah mendaftar di JMTI yang terdiri daripada pelatih ILP dan pelajar lepasan SPM/SPMV. Mereka telah mengikuti bidang TKE &TKK.
JANUARI 1999: Pendaftaran pelatih baru dalam bidang TKE dan TKK. Mereka terdiri daripada pelajar lepasan SPM/SPMV sahaja.
JULAI 1999: Pendaftaran pelatih baru dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektronik (TKE), Teknologi Kejuruteraan Komputer (TKK), Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (TKM) dan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (TKP). Technical Advisory Committee (TAC) ditubuhkan untuk mengkaji semula program-program Diploma Teknologi bagi memenuhi keperluan industri Malaysia.
JANUARI 2000: Kakitangan JMTI berpindah ke Pulau Pinang. JMTI memulakan operasi di kampus tetap.
SEPTEMBER 2001: Majlis Konvokesyen yang pertama diadakan di JMTI. Seramai 25 orang pelajar berjaya menerima Diploma Kemahiran Teknologi bersama Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer.

 

 

 

 

 

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Selasa 05 Oktober 2021.
25860 Jumlah Pelawat