PASUKAN ROBOT JMTI MENJUARAI SUMO ROBOT CHALLENGE DI (PISF) 2017

JMTI, 12 NOVEMBER 2017 (AHAD) - Pasukan Danebot dari Japan Malaysia Technical Institute (JMTI) berjaya menjadi Johan Sumo Robot Challenge bersempena Penang International Science Fair (PISF) 2017 yang berlangsung di SPICE Arena Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 12 November 2017.

Berdepan saingan daripada lebih 30 buah pasukan yang mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, sekolah-sekolah dan agensi dari seluruh tanah air, pasukan Danebot dari JMTI menundukkan lawan di setiap pusingan sebelum mara ke perlawanan akhir dan berjaya menewaskan lawan dari ILP Kepala Batas untuk muncul juara.

Selain dua lagi pasukan sumo robot dari JMTI, pertandingan ini turut disertai oleh pasukan-pasukan dari Universiti Sains Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Politeknik Seberang Perai, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas & Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Robot JMTI.

Keputusan Penuh:
Johan - JMTI
Naib Johan - ILP Kepala Batas
Ke-3 - ILP Kepala Batas

 

 

 

\

 

 

 

 

 

 

© Hakcipta Terpelihara 2021 Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
  • Dikemaskini: Selasa 05 Oktober 2021.
25893 Jumlah Pelawat